View: 1002|Reply: 0
|
Shah Firdaus tunggu masa ‘meletup’
[Copy link]
|
|
SHAH Firdaus Sahrom menjadi sandaran pingat Malaysia pada Sukan Komanwel di Birmingham hujung bulan ini.
PETALING JAYA: Shah Firdaus Sahrom hanya menunggu masa untuk ‘meletup’ dan jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley berharap kemuncak prestasi pelumba berusia 27 tahun itu akan tiba pada Sukan Komanwel di Birmingham yang berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Selepas ketiadaan Datuk Azizulhasni Awang yang berehat ekoran menjalani pembedahan jantung beberapa bulan lalu, Beasley yakin Shah Firdaus mampu mengisi kekosongan pemenang pingat perak Olimpik itu terutama dalam acara keirin.
Buat kali pertama sejak 15 tahun, Malaysia bertanding tanpa The Pocket Rocketman, namun Beasley yakin, Shah berada di laluan yang betul.
AZIZULHASNI AWANG
“Memang sangat berbeza beraksi tanpa Azizulhasni buat kali pertama selepas 15 tahun, namun tiada yang lebih menggembirakan melihat pasukan secara keseluruhan menunjukkan tanda-tanda yang baik dan saya yakin mampu mereka membawa pulang pingat.
“Mengenai Shah, bagi saya dia hanya menunggu hari yang tepat untuk mempamer kecemerlangan dan menguasai perlumbaan terutama keirin.
“Saya percaya dengan kematangan yang dimiliki dan mahu dia memikirkan mengenai proses, bukan keputusan pada hari perlumbaan,” katanya.
Shah dijangka berdepan saingan utama dari Australia, Matthew Glaetzer yang pernah menjadi finalis Olimpik, Jack Carlin (United Kingdom) yang menyebabkan dia terbabas di Olimpik Tokyo 2021, selain Nicholas Paul dari Trinidad yang baru sahaja memenangi Piala Negara-Negara Cali Colombia, minggu lalu.
Mengakui wujud perbezaan tanpa kehadiran Azizulhasni, Beasley bagaimanapun tetap bersemangat untuk mempertaruhkan skuad yang dianggotai atlet muda bagi penyertaan kali ini.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... unggu-masa-meletup/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|