CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4407|Reply: 13

[DUNIA] Sebelum wujudnya GRAB,PANDA..Al Arqam dah buat dulu..

[Copy link]
Post time 23-7-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode
VIRAL GAMBAR PENGHANTAR MAKANAN AL-ARQAM, TAPI SIAPA SEBENARNYA MEREKA?


Perasan tak dalam Facebook, ramai orang kongsi satu gambar penghantar makanan/rider Al-Arqam pada 1985. Ramailah orang kata, sebelum Foodpanda dan Grab, mereka dah buat servis penghantaran ni.



Ente semua ada perasan ini gambar ka? Imej dari VideoViral Malaysia.

Macam kenal ye Al-Arqam ni, tapi di mana ya? Awak semua ingat lagi tak dengan nama ni? Sebab tak silap kami, mereka ni sebuah gerakan Islam di Malaysia dulu-dulu, tapi ada kontroversi sikit la. Baik, kami akan huraikan sikit cerita sisi terang dan gelap Al-Arqam ni.

Al-Arqam ditubuhkan dengan membawa aliran Muhammadiah
[Info dalam bahagian ni telah diolah dan diperbaharui dari artikel sebelumnya]

Penubuhan gerakan Al-Arqam ni bermula dari seorang lelaki bernama Ashaari Muhammad atau dikenali sebagai Abuya. Dia memegang aliran/tarekat Muhammadiah yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Suhaimi bin Abdullah dari Jawa Tengah.


Ashaari Muhammad. Imej dari ahmadyani dotcom.

Abuya ni dilahirkan pada 30 Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Selepas pemergian bapanya, dia dijaga oleh bapa suadaranya, Lebai Ibrahim yang juga pengamal tegar tarekat Muhammadiah. Waktu ni la Abuya kenal dengan aliran itu.

Siapa sangka Abuya ni seorang ahli aktif PAS selama 10 tahun (1958-1968), masa tu di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Tapi, disebabkan kelemahan pergerakan & aspek ilmu PAS, dia menubuhkan gerakan sendiri bernama Jemaah Muhammadiah, lepastu ditukar kepada Al-Arqam sempena nama sahabat Rasulullah S.A.W, Arqam bin Abi Arqam.

Pada 1968, hanya 10 ke 12 ahli Al-Arqam saja, tapi lama-kelamaan ia berkembang kepada 40 ahli pada 1976. Dikatakan keahlian mereka ni mula berkembang secara drastik tahun demi tahun hingga 1987, perngikut mereka dah beribu-ribu orang. Bukan di Malaysia je tau, tapi seluruh dunia.


Geng Al-Arqam di Cairo. Imej dari Kang Mas Haji amin_pranotoprojo.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, dianggarkan seramai 6,000 pengikut serta 15,000 simpatisan pada 1994(maksud simpatisan: orang yang menaruh simpati).

Pelopor utama dalam mengeluarkan produk Islam
[Info dalam bahagian ni telah diolah dan diperbaharui dari artikel sebelumnya]

Percaya atau tak Al-Arqam ni mula menampakkan belangnya pada 1972 apabila Abuya menubuhkan perkampungan Islam di Sungai Penchala, Selangor. Mereka telah membeli tanah seluas 5 hektar untuk dijadikan tempat tinggal dan markas kegiatan gerakan itu.




Power juga Al-Arqam ni sebab perkampungan tu tak sampai 20 tahun pun, tapi mereka berjaya dalam menjalankan bisnes. Masa ni, mereka dah ada:

  • 52 kedai runcit.
  • 20 pasar mini.
  • 36 kedai buku.
  • 18 restoran.
  • 56 kilang perusahaan.


Tahu tak, Al-Arqam ni pun ada produk makanan sendiri, seperti lada putih, susu tepung, serbuk teh, kordial oren, soscili, dan kicap.



Iklan produk Al-Arqam dalam akhbar Mingguan Islam. Imej dari Mengimbas Kembali Pendidikan Awal Pengajian Al Arqam Yang Murni.

Al-Arqam juga berjaya dalam bidang penerbitan. Mana taknya, pelbagai bahan bacaan agama untuk kanak-kanak, remaja, wanita dan dewasa yang diterbitkan. Antara majalah mereka yang dapat permit penerbitan (tapi ditarik balik permitnya pada 1990):

  • Al-Arqam.
  • Al-Mukimah.
  • Al-Nasihah.
  • Al-Munir.
  • Al-Qiadah.
  • Al-Imam.
  • Al-Ain.




Konten dalam Majalah Al-Ain. Imej dari Mengimbas Kembali Pendidikan Awal Pengajian Al Arqam Yang Murni.

Tak cukup dengan tu, Al-Arqam mempunyai klinik kesihatan dan unit perundangan sendiri. Oh ye, mereka dah menebusi pasaran antarabangsa dalam bidang perniagaan. Waktu ni, mereka menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC), yang menghimpunkan 22 anak syarikat.

Mereka juga membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan yang diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC).

Bidang pendidikan pun Al-Arqam tapau juga kerana mereka mempunyai tadika. Kami ada jumpa orang yang pernah bersekolah di tadika itu, namanya MK Zainal. Tapi, dia ada jumpa benda pelik, iaitu:

“Semasa saya bersekolah tadika itu, saya ada ternampak sebuah gambar Abuya besar di dinding.” – MK Zainal, bekas pelajar tadika di Al-Arqam.

Benda pelik ni telah membuatkan kami untuk huraikan tentang…

Al-Arqam ni gerakan sesat, tapi apa buktinya?


Semasa Al-Arqam sedang berkembang maju, timbulnya satu konflik dalaman antara mereka. Pada Jun 1986, wakil Al-Arqam, Ustaz Mokhtar Yaakob, telah menentang Abuya kerana Ustaz Mokhtar mengatakan tarekat Muhammadiah ni merosakkan akidah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalau nak tahu, tarekat Muhammadiah ni percaya yang pengasasnya, Sheikh Suhaimi ni tak mati, tapi dialah Imam Mahdi yang dinanti-nantikan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memanggil Abuya untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu Tarekat Muhammadiah dan isu lain. Tapi dia ni tak mengaku pula yang dia amalkan ajaran Muhammadiah tu.



Sebuah keratan akhbar mengenai Al-Arqam. Imej dari UPM.

Namun, Abuya dan beberapa pemimpin kanan Al-Arqam telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas pengakuan penyelewengan Al-Arqam.

Secara rasminya, Al-Arqam telah diharamkan sepenuhnya pada 1994. Bagaimanapun, Abuya dibebaskan dari tahanan, tapi masih dikenakan tahanan rumah. Dia akhirnya meninggal dunia pada 2010.

Sumber:https://soscili.my/viral-gambar- ... -sebenarnya-mereka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 12:42 AM | Show all posts
ai masih ingat masa ai kecil2 dulu, pengikut2 wanita Al-Arqam berpurdah penuh serba hitam... tu yg tgk sesetgh perempuan2 melayu islam berpurdah sakan zmn skrg, ai teringat kt pengikut2 wanita Al-Arqam....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 10:24 AM | Show all posts
semangat dan otak bisnes diorang boleh digunapakai...

cuma bab kerohanian tu, jgn biarkan mereka mempengaruhi kita dgn dakyah sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 11:52 AM | Show all posts
al arqam mmg bagus dalam berbisnes..
itu yg bagusnya al arqam nie..
bab yang lain2 tu jgn la ikut
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:19 PM | Show all posts
Dulu aku takut tengok orang2 Al Arqam ni.. sbb bercelak berserban bagai. Pastu suka tengok semacam. Mau tak takot. Belum lagi bau minyak attar
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:20 PM | Show all posts
dolu2 iols ada borak2 dgn sorang minah nih.. dia kenal minah mesia yg hebat berbisnes.. pastu terjebak dgn geng2 mcm nih.. kiranya deme mmg target org2 yg tere berbisnes utk join.. yg pompan, jadi la bini kedua ketiga tuh..

pastu kolig pulak habaq, dia kenai suami isteri yg join menda nih.. deme ni kira mcm kuli laa.. stok bg duit tiap2 bulan, tapi habuk pun tarak dpt balik.. mcm kena brainwash pun ada...

kalau pilih kawan, kena hati2 naa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2022 09:39 AM | Show all posts
pernah sekali cikgu aku bawak pergi kawasanal arqam ni

semua lot kedai dekat situ dia punya

tapi time tu dah tukar nama jadi al ikhwan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 26-7-2022 12:19 PM
Dulu aku takut tengok orang2 Al Arqam ni.. sbb bercelak berserban bagai. Pastu suka tengok semacam.  ...

Dolu iols panggil deols hantu kum2. Jahat kelaku iols bila dikenangkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Arqam nieyh kalau tak sesat dolu, musti dah jadi pelopor ekonomi Malaysia. Tokey2 kiasu musti bungkus kerna bisnes al-Arqam nieyh memang maju, pelbagai dan berangkai. Pandai pulak cari connection luar negara. Bayangkan dalam penempatan tuew ader klinik, sekolah, kilang, syarikat penerbitan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang geng diorang ni tukar nama as ikhwan kan? Depan rumah aku ada kedai diorang. Bab bisnes memang diorang hebat tapi adab kadang kadang menyakitkan hati juga. Kita masuk kedai diorang tapi kadang diorang usha pelik dekat kita. Tapi makanan diorang tiptop memang sedap. Roti2 diorang pun best. Lembut elok je. Even donuts diorang lagi best dari big epal tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tomyamputih12 replied at 18-8-2022 02:22 PM
Zaman sekarang geng diorang ni tukar nama as ikhwan kan? Depan rumah aku ada kedai diorang. Bab bisn ...

Ni sy setuju sgt...dah bbrp negeri sy masuk kedai depa ni...semua ada mslh adab
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 11:25 AM | Show all posts
siap langgan majalah al arqam tiap2 bulan dulu..lepas kena haram tukar langgan majalah dewan pelajar pulak..tak nafi kan bisness dorang padu dulu..siap ada sos la apa la..tapi kalau tgk mcm ade propoganda jugak nak jatuhkan mereka bab kalau mereka maju kiasu gigit jari la
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu juga mkn kat restaurant diaorg di P15 dan juga kt apa nama tu lupa plk yg x jauh dr kuarters KLIA. Mknan diaorg mmg sedap sbb yg msk tu org kita, xde Indon mahupun warga negara lain. Terigt kt kuih koci, popia dan memcm lg hidangan lain
Dulu ms kaka kat uni kaka pernah gie perkgan Al arqam tu, wow mmg teruja tgk kehidupan diaorg kt situ tp tuelah semua bertutup, nampak mata jer
dan ramai senior junior yg kawen sesama group diaorg tp sygnya perkahwinan diaorg x kekal, ada yg dah kawen dekat nak 15 tahun bercerai
Dan ada sorg junior kaka ni pengikut tegar, agaknya dah taubat sekrg jd naib ketua wanita UMNO x igt bahagian mana
Cuma nk kata diaorg mmg pandai berniaga, bab akidah tu x berani nk kata lebih2 walau dulu agak pelik bila diaorg berkumpul dan mula berqasidah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tomyamputih12 replied at 18-8-2022 02:22 PM
Zaman sekarang geng diorang ni tukar nama as ikhwan kan? Depan rumah aku ada kedai diorang. Bab bisn ...

Setuju sangat. Pernah masuk kedai dia. Dah kenapa semua pandang iols atas bawah je. Apa dia ingat iols datang kedai tu togel ke apa? Time dekat cashier lagi la. Pandang dengan ekor mata, macam nak tak nak je attend customer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 1.750374 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list