View: 1240|Reply: 6
|
Anna Kendrick hampir tolak tawaran berlakon akibat depresi
[Copy link]
|
|
Anna Kendrick hampir tolak tawaran berlakon akibat depresi
Awal tahun ini, Kendrick umum putus cinta dengan pelakon Bill Hader selepas hampir dua tahun bersama. - Instagram/@annakendrick47.
LOS ANGELES: Pelakon Hollywood, Anna Kendrick mengakui hampir menolak tawaran berlakon filem Alice, Darling kerana pernah melalui situasi yang sama seperti jalan cerita berkenaan.
Memetik laporan People, Kendrick mendedahkan dia pernah mengalami penderaan mental dan emosional ketika dalam hubungan percintaan beberapa ketika dahulu.
“Saya bercakap atas dasar pengalaman berdepan dengan situasi yang sama dengan watak dalam filem ini. Saya pernah melalui hubungan penuh toksik.
“Ketika itu, saya terlalu sayang dan mempercayainya melebihi diri sendiri. Saya hidup dalam kekeliruan dan trauma dengan penderaan emosi,” katanya.
Tambahnya, tekanan perasaan dialami membuatkan dia terpaksa dirujuk kepada pihak psikiatri.
Filem arahan Mary Nighy ini mengisahkan tentang Alice (Kendrick) dibantu dua rakannya untuk meninggalkan hubungan toksik dengan kekasihnya, (Charlie Carrick). Akibat hubungan itu, Alice berdepan dengan tekanan jiwa. Filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto, Ahad ini.
Awal tahun ini, Kendrick umum putus cinta dengan pelakon Bill Hader selepas hampir dua tahun bersama.
Sumber: https://www.astroawani.com/berit ... ibat-depresi-380602
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lah baru tahu dia penah kapel dgn barry tu. Ingtkan bill hader tu gayah hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bill tu ada je bini masa SNL.lps tu dgn rachel bilson pun smpai kemurungan juga minah tu.tapi kononnya breakup masa covid sbb murung tu.ntah apala masalah bill ni sampai org kemurungan setiap kali breakup dgn dia
|
|
|
|
|
|
|
|
blakerainer replied at 13-9-2022 09:25 PM
Lah baru tahu dia penah kapel dgn barry tu. Ingtkan bill hader tu gayah hahaha
I pun ingat dia gay sbb waktu tgk cerita IT tu dia jadi gay, my husband ckp kena la dgn dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|