View: 3437|Reply: 0
|
Erry sandaran pingat acara angkat berat Sukan SEA
[Copy link]
|
|
ERRY menjadi sandaran negara untuk merangkul sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA Kemboja Mei depan.
Erry sandaran pingat acara angkat berat Sukan SEA
SKUAD angkat berat negara percaya mereka tidak akan pulang tangan kosong pada Sukan SEA Kemboja 2023 Mei depan dengan sandaran Muhammad Erry Hidayat untuk memenangi pingat.
Jurulatih angkat berat kebangsaan, Yon Haryono yakin terhadap pemenang perak Sukan Komanwel Birmingham itu yang kini berada pada prestasi terbaik.
Erry akan ke Surabaya, Indonesia bagi menjalani latihan selama sebulan dan dia diramal mampu meraih sekurang-kurangnya gangsa pada sukan dwitahunan itu.
“Erry dalam tempoh sebulan ini akan mengikuti program yang sudah direncanakan dan harap dia lakukan catatan terbaik.
“Justeru, berdasarkan pencapaian semasa Erry serta pesaingnya, sudah tentu tidak mustahil dia boleh bawa pulang pingat gangsa,” katanya ketika ditemui di (MSN) semalam.
Pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu, Erry yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu membawa pulang gangsa apabila melakukan angkatan keseluruhan 316 kilogram (kg).
Sementara itu, mengulas ketiadaan dua badang negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan ke Sukan SEA Kemboja nanti, Yon menjelaskan, dua atlet berkenaan terpaksa menyertai kejohanan lain bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
“Aniq dan Aznil akan mengikut atlet-atlet lain menjalani latihan di Surabaya sebelum kedua-duanya berlepas ke Kejohanan Asia di Korea Selatan yang menjadi medan mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik.
“Oleh itu, mereka perlu melakukan persiapan rapi dan terpaksa melupakan Sukan Sea Kemboja, sekali gus mengharapkan lima wakil negara di Kemboja melakar kejutan nanti,” ujarnya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... at-berat-sukan-sea/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|