CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3208|Reply: 0

Ibu Jangan Panik Bila ‘Check’ Kandungan Bayi Terbelit Tali Pusat, Ini Anda Perlu Tahu!

[Copy link]
Post time 21-3-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Jangan Panik Bila ‘Check’ Kandungan Bayi Terbelit Tali Pusat, Ini Anda Perlu Tahu!



Bayi terbelit tali pusat atau nuchal cord ialah istilah yang digunakan dalam perubatan apabila bayi anda mempunyai tali pusat yang melilit pada bahagian lehernya ketika dalam kandungan ibu. Ini boleh berlaku semasa mengandung, bersalin, atau kelahiran.

Tali pusat merupakan sumber kehidupan bayi. Ia membekalkan bayi darah, oksigen, dan nutrien yang diperlukan. Sebarang masalah dengan tali pusat bayi boleh menjadi sangat membimbangkan, akan tetapi majoriti kes nuchal chord tidak lah berbahaya.

Baca juga: Terasa Pedih Terbakar Ketika Kencing, Jaga-Jaga Ini Bahaya Kencing Kotor Sewaktu Hamil

BAYI TERBELIT TALI PUSAT DALAM KANDUNGAN



Gambar: Bahagian berwarna pada ultrasound menunjukkan bahawa tali pusat berada di bawah dagu bayi – UTSouthwesternMedicalCenter.

Berdasarkan kajian, kira-kira 1 daripada setiap 3 kelahiran bayi dilahirkan dalam keadaan sihat sempurna dengan terbelit tali pusat di leher mereka. Mari ikuti perinciannya dengan lebih lanjut.

BAYI TERBELIT TALI PUSAT APA PUNCANYA?
Sekiranya anda hamil, semestinya lebih tahu bahawa, berapa banyak bayi anda bergerak di dalam kandungan. Bayi yang aktif bergerak merupakan faktor mengapa berlakunya terbelit tali pusat. Namun, terdapat beberapa sebab lain yang anda perlu tahu juga.

Tali pusat yang sihat dilindungi oleh isi lembut dan bergelatin yang dipanggil ‘Jelly Wharton’. Jeli ini wujud untuk memastikan tali pusat bebas dari simpulan supaya bayi selamat, tanpa mengira betapa banyak dia menggeliat dan membalikkan badan.

Selain itu, terbelit tali pusat boleh terjadi kerana:

  • Hamil anak kembar.
  • Mempunyai air ketuban yang berlebihan.
  • Tali pusat sangat panjang.
  • Jelly Wharton tidak mencukupi.


Ibu bapa perlu tahu bahawa kondisi ini akan berlaku secara rawak dan tidak ada kena mengena dengan perbuatan seorang ibu. Malah, perlu ditekankan bahawa keadaan ini adalah tidak berbahaya dan anda boleh melahirkan bayi secara normal.

RISIKO NUCHAL CHORD


Nuchal chord secara umumnya, tidak dianggap sebagai menimbulkan banyak risiko kepada ibu hamil. Risiko hanya terjadi dalam kes tertentu yang jarang berlaku.

Namun begitu, risiko yang paling biasa berlaku daripada nuchal chord ialah penurunan kadar denyutan jantung bayi semasa bersalin. Ini biasanya akibat pengurangan oksigen dan aliran darah melalui tali pusat yang terjerat semasa kontraksi.

Walaupun terdapat penurunan kadar denyutan jantung, kebanyakan bayi masih dilahirkan secara sihat.

TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Sebaiknya anda tidak panik, sekiranya didiagnosis mempunyai nuchal chord pada awal kehamilan. Hal ini kerana, bayi anda masih boleh dilahirkan dengan selamat.

Jika pasukan perubatan anda mengetahui tentang kondisi ini semasa bersalin, mereka akan melakukan pemantauan tambahan. Ini supaya dapat mengetahui dengan segera jika bayi anda mengalami sebarang komplikasi.

Tambahan pula, tiada cara untuk mencegah atau merawat tali pusat yang berpintal. Tiada apa yang boleh dilakukan mengenainya sehingga proses kelahiran berlaku.

Kebiasaannya, doktor akan memeriksa tali pusat di leher bayi selepas proses kelahiran dan melepaskannya secara perlahan-lahan supaya ia tidak melilit di leher bayi sebaik sahaja bayi mula bernafas.

Konklusinya, bertenang dan jangan panik. Kondisi ini sebenarnya adalah normal dan tidak perlu terlalu risau sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental anda. Sebaiknya, sentiasa berhubung dengan doktor untuk mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Sumber: Healthline / Medical News Today
https://siraplimau.com/bayi-terbelit-tali-pusat/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 1.239126 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list