CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5198|Reply: 0

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

[Copy link]
Post time 25-3-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland


Lee Zii Jia menghampiri gelaran pertama tahun ini selepas menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao untuk mara separuh akhir Terbuka Switzerland di Basel, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menghampiri gelaran pertamanya musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Switzerland di Basel, sebentar tadi.

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 pada aksi suku akhir yang berlangsung di St Jakobshalle.

Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan yang menyingkirkannya ketika pusingan kedua Terbuka Jerman, dua minggu lalu.

Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah besar untuk beraksi di pentas final pertama dan memburu gelaran pertamanya musim ini apabila dijadual bertemu pemain daripada pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe.

Selepas mengharungi lima kejohanan sebelum ini, pencapaian terbaik Zii Jia adalah mara sehingga ke separuh akhir Seluruh England, minggu lalu dengan dia tewas di pusingan awal dalam empat kejohanan sebelum itu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... terbuka-switzerland

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034128 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list