CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2705|Reply: 1

Pari bakar ala Portugis

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Pari bakar ala Portugis


LETAK hirisan bendi atas pes dan tutup kerajang aluminium sepenuhnya.


Kesibukan membuatkan ramai yang bekerjaya berdepan cabaran memasak terutama juadah berbuka.

Mahu atau tidak, juadah di bazar atau makanan luar menjadi pilihan utama dalam memastikan ada sajian tersedia atas meja.

Pemilik Dapur Ayahanda, Bazaria Pantai Dalam Kuala Lumpur, Mohd Sufianalinata Suzari berpendapat, tiada kompromi bagi sajian yang sihat dan enak untuk dinikmati keluarga.

Katanya, bergelar bapa kepada tiga cahaya mata membuatkannya lebih selektif dalam pemilihan juadah atau sajian di luar.

"Penting untuk anak-anak menikmati sajian yang sihat dan bersih terlebih dahulu barulah 'rasa' dinilai.

"Bukan rasa tidak penting, namun aspek kebersihan dan kesihatan jauh lebih diutamakan kerana itu tabiat perlu ada dalam mengendalikan makanan.

"Baru rasa itu akan datang dengan kualiti kerana ia boleh diperbaiki serta ditambah baik dari masa ke masa," katanya.

Menjelaskan penyediaan juadah kegemaran beliau dan isteri, Azimah Mohd Tahir, sajian ikan bakar ala Portugis atau 'portugese grill' antara sajian kerap dinikmati mereka.

"Resipi 'portugese grill' antara menu yang disarankan untuk penyediaan ketika berbuka atau bersahur.

"Penyediaan rumit mungkin di bahagian pes dan boleh disediakan awal dan disimpan untuk kegunaan di masa lain.



MOHD Sufianalinata dan isteri, Azimah teliti dalam sajian untuk dinikmati seisi keluarga.
"Lebih unik resipi sajian ikan bakar Portugis asli Dapur Ayahanda tidak menggunakan sebarang serbuk perasa dan garam.

"Kami tonjolkan menerusi penggunaan bahan seperti udang kering, belacan dan cili kering premium membuatkan pes ikan bakar masih enak dinikmati pada sebarang sajian ikan atau makanan laut," katanya.

Sajian seperti ikan bakar ala Portugis bukan sahaja mudah disediakan, malah boleh dipelbagaikan pilihan ramuan dan bahan sampingan mengikut cita rasa seisi keluarga.


RAMUAN digunakan dalam penyedian pes.


Ikan Pari Bakar Ala Portugis (Original)

- untuk satu hingga dua orang.

Bahan A

- Tiga ulas bawang kecil

- Dua ulas bawang putih

- Satu sudu besar bawang kering

- Satu sudu besar cili kering (gred premium)

- Satu sudu besar belacan

- Satu sudu kecil gula merah

- Satu batang serai

Bahan B

- Satu sudu kecil asam jawa

- 1/2 gelas air (100 mililiter)

- 1/2 gelas minyak.

Bahan C

- Dua bendi (boleh ubah suai mengikut sayur kegemaran sama ada kangkung, petai atau tomato) - dihiris nipis

- 100 gram ikan pari (boleh juga gunakan sajian laut seperti lala, sotong, udang)

- Kerajang aluminium

- Daun pisang

Penyediaan

1. Sediakan pes. Bahan A dikisar halus. Kemudian panaskan minyak (bahan B ) dan tumis bahan dikisar tadi bersama bancuhan asam jawa dan air (bahan B) sehingga naik minyak.

2. Letakkan ikan pari dalam kerajang aluminium beserta daun pisang.

3. Masukkan pes dan lumurkan atas ikan dan masukkan potongan bendi. Tutup sepenuhnya kerajang aluminium.

4. Panggang ikan kira-kira 10 minit dan sajikan bersama nasi panas.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... -bakar-ala-portugis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
menyelerakan betul pari bakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.432817 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list