View: 202|Reply: 0
|
Kriket berpeluang ganda emas
[Copy link]
|
|
Skuad kriket lelaki negara Virandeep Singh (kiri) beraksi ketika menentang Thailand dalam saingan Kumpulan A Acara T20 pada Sukan SEA 2023 di AZ Group Cricket Oval hari ini. Foto: BERNAMA
PHNOM PENH: Hanya sehari selepas menempah slot ke final 50-over, skuad kriket lelaki negara sekali lagi berpeluang untuk meraih pingat emas, kali ini menerusi acara Twenty20 (T20) di Sukan SEA Kemboja 2023, hari ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di AZ Group Cricket Oval itu, pasukan Malaysia mengatasi Thailand dengan lapan wiket, sekali gus menjuarai Kumpulan A dan mara ke penentuan pingat emas menentang juara Kumpulan B, minggu depan.
Malaysia, yang menang undian secara lambungan syiling, memilih untuk memadang dan melakukan 114 larian dalam 12.3 over, manakala lawan mereka menghasilkan 113 larian dalam 20 over.
Kapten pasukan Ahmad Faiz Mohamad Noor gembira dengan keputusan hari ini terutama dengan aksi hebat dipamerkan Vijay Unni Suresh, Virandeep Singh dan Syed Aziz Syed Mubarak, meskipun berdepan kesukaran bermain di permukaan padang tidak rata.
"Alhamdulillah satu keputusan positif hari ini, saya sangat gembira dengan prestasi dilakar pemain seperti Vijay Unni dan Virandeep yang masing-masing berjaya peroleh dua wiket, manakala Syed Aziz pula berjaya (lakukan) 55 larian selain dua 'run-outs' sepanjang permainan," katanya.
Aksi skuad kriket lelaki negara ketika menentang pasukan Thailand dalam saingan Kumpulan A Acara T20 pada Sukan SEA 2023 di AZ Group Cricket Oval hari ini. Foto: BERNAMA
Pasukan kebangsaan merangkul perak dalam acara T20 lelaki ketika kali terakhir kriket dipertandingkan di temasya dwitahunan itu pada edisi Kuala Lumpur 2017.
Semalam, Malaysia, yang juga juara bertahan 50-over, akan bertemu Kemboja untuk perebutan emas, selepas menewaskan Thailand dengan tujuh wiket pada pusingan awal.
Sabtu lalu, pasukan tuan rumah menundukkan Indonesia dengan 129 larian sekali gus menempah tiket ke akhir. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... rpeluang-ganda-emas |
|
|
|
|
|
|
| |
|