CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 3

Bekas Isteri Hrithik Roshan Teruja & Memuat Naik Video Anak Lelaki Mereka Bermain Gitar, Bersama Ucapan Hari Lahir

[Copy link]
Post time 10-5-2023 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Isteri Hrithik Roshan Teruja & Memuat Naik Video Anak Lelaki Mereka Bermain Gitar, Bersama Ucapan Hari Lahir


Baru,baru ini, Ibu kepada pelakon Bollywood Hrithik Roshan, iaitu Pinkie Roshan dan bekas isterinya Sussanne Khan, mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Hridaan.

Hridaan merupakan anak yang paling bongsu, kepada Hrithik Roshan dan Sussanne Khan yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 15 tahun. Pinkie memuat naik gambar-gambar yang tidak pernah dilihat umum sebelum ini, manakala Sussanne memuat naik video mengenai Hridaan di media sosial milik mereka.

Menjadi Kebanggaan Ibu Dan Nenek


Video yang dikongsikan oleh Sussanne itu, memaparkan Kompilasi gambar serta video Hridaan termasuklah video membuat persembahan gitar solo. Video tersebut dikongsikannya bersama-sama dengan ucapan hari lahir buat anak lelakinya itu.

“Selamat Hari lahir for my Ridzfullofstars, kamu merupakan artis yang diluar jangkaan ibu, Kamu selalu membuat magic dengan apa yang berada di dalam kepala kamu. Ibu tahu hati kamu adalah yang termulia di planet ini dan jiwa kamu memulakan sesuatu yang membanggakan. Ibu sayang kamu sangat-sangat dan ibu bangga kamu pilih saya sebagai ibumu”-ucap Sussanne

  



Selain itu, ramai juga selebriti Bollywood yang mengucapkan selamat hari lahir buat Hridaan seperti Malaika Arora, Maheep Kapoor, Pashmina Roshan, Karishma Kapoor, Neetu Kapoor dan lain-lain.

Tidak melepaskan peluang, nenek Hridaan iaitu Pinkie Roshan juga memuat naik gambar di laman isntagram miliknya bersama dengan kapsyen ucapan hari lahir buatnya.

“Kepada cucuku, jangan pernah lupa betapa sayangnya saya dengan kamu. Semakin kamu membesar semakin banyak cabaran yang akan kamu hadapi. Sentiasa percayakan dalam lubuk hati bahawa kamu akan capai apa yang kamu fikirkan. Kamu takkan kalah, sama ada kamu menang atau kamu akan belajar sesuatu. Kamu perlu ada cita-cita, perancangan serta buat yang terbaik. Selamat Hari Lahir Hridaan

  



Info tambahan, Hrithik dan Sussanne berkahwin pada December 2000 dan mendapat anak beberapa tahun kemudian. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hrehaan yang dilahirkan pada 2006 dan Hridaan pada 2008. Pasangan ini telah bercerai pada 2014, namun meneruskan secara bergilir-gilir menjaga anak mereka sehingga ke hari ini.


Sumber:https://murai.my/2023/178986/bek ... -ucapan-hari-lahir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 09:06 AM | Show all posts
sayang btul nenek nya kat cucu, tp tak pe hitrik pun bli ruma utk ex juga mmg dia jaga kebajikan ex bini. xtau nape couple ni berpisah dulu. ada bau2 cureng ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 11-5-2023 09:06 AM
sayang btul nenek nya kat cucu, tp tak pe hitrik pun bli ruma utk ex juga mmg dia jaga kebajikan ex  ...

Yg diorg claim, Hrithik ada masalah kemurungan melampau. Yg urra2 kat blkg dedua curang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:46 PM | Show all posts
Hensemnya anak2 depa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.047494 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list