View: 1133|Reply: 3
|
Shah Rukh Khan Cerita Mengenai Kakaknya-“Kematian Mak Ayah Menyebabkan Mentalnya Tidak Stabil”
[Copy link]
|
|
Shah Rukh Khan Cerita Mengenai Kakaknya-“Kematian Mak Ayah Menyebabkan Mentalnya Tidak Stabil”
Bintang terkenal Hollywood iaitu Shah Rukh Khan berkongsikan cerita mengenai kakaknya Shahnaz Lala Rukh dan juga bagaimana kematian ibu bapa mereka memberi kesan kesihatan kakaknya itu.
Mengalami Tekanan Emosi Yang Teruk
Dalam video Throwback yang dikongsikan di laman instagram tersebut (di bahagian bawah), Shah Rukh Khan menceritakan tentang kakaknya dan menyebut nama bapanya Mir Taj Mohammed Khan yang meningal pada 1981.
Saya masih ingat kakak berdiri di depan jasad ayah saya. Dia hanya pandang dan tidak menangis, dia tidak berkata apa-apa langsung kemudian dia rebah jatuh sehinggakan kepalanya terhentak di tanah. Selepas 2 tahun dia masih tidak bercakap apa-apa dan hanya memandang ke langit, semuanya telah berubah baginya. Kini dia semakin pulih”-kata Shah Rukh Khan
Semasa penggambaran Dilwale Dulhaniya Le Jayenge kakaknya sekali lagi masuk Hospital dan doktor memberitahu bahawa kakaknya tak mungkin sembuh. Kemudian, semasa penggambaran Tujhe Dekha Toh Ye Jana Sanam, Shah Rukh Khan membawanya bersama ke Switzerland untuk mendapatkan rawatan di sana namun, masih tidak memberi kesan.
Kakaknya masih tidak sembuh akibat dari kematian bapa mereka, 10 tahun kemudian ibunya pula meninggal dan menyebabkan kesihatan mentalnya mengambil masa untuk pulih.
Sebelum kematian ibu-bapa mereka, kakak Shah Rukh Khan merupakan orang yang berpendidikan dalam bidang LAW, sangat pandai dan telah melepasi MA LLB. Dia menjadi seperti mana yang diharapkan oleh ibu-bapanya, namun segalanya berubah kerana dia tidak boleh terima kenyataan bahawa ibu-bapanya telah meninggal dunia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantik kakak dia kalau tgk gambar masa muda tue |
|
|
|
|
|
|
|
Over2 lak adik beradik dorg ni..sarukhan lak ngaku stop smyg bila mak dia mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah konsep redha....
Tp ye ke sbb parent dia meninggal... Mcm drama Sgt.. Ntah2 ada sbb lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|