CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 15

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua- Ryzal Menangis, Nekad Akan Terus Cuba Hamilkan Lagi

[Copy link]
Post time 25-5-2023 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Maryam Durian Kimchi keguguran anak kedua pada 17 Mei lalu.


Isteri kepada pempengaruh sensasi Ryzal Ibrahim memaklumkan usia kandungannya ketika itu masih muda dan belum matang.


Foto: IG




“Saya tak pernah bagi tahu mengenai perkara ini kepada mana-mana pihak. Sebenarnya, saya baru sahaja keguguran anak kedua.


“Ketika itu usia kandungan masih awal. Baby tak nampak lagi.. Baru sahaja beberapa hari saya dan Ryzal dapat tahu mengenai saya keguguran iaitu pada 17 Mei lalu,” katanya seperti dipetik di XTRA.


Maryam berkata dia mengetahui dirinya hamil dua minggu lalu selepas badannya menunjukkan beberapa simptoms.




  



“Saya tahu saya sedang mengandung sebab badan saya menunjukkan beberapa simptoms mengandung seperti selalu rasa nak buang air kecil, sakit perut macam nak datang haid dan makan banyak.


“Saya buat pemeriksaan menggunakan test kit pregnancy digital dan keluar double line. Tetapi selepas dua minggu saya bleeding dan darah banyak keluar.


“Ryzal bawa saya buat pemeriksaan di hospital dan doktor ambil darah saya untuk mengesahkan saya mengandung tetapi hormone dah berkurangan… Jadi saya keguguran."




  



Disoal mengenai punca disebalik keguguran itu, Maryam berkata berkemungkinan dia terlalu sibuk dengan pekerjaan.


“Mungkin ketika itu saya tak terlalu jaga badan dan kesihatan saya. Dalam masa yang sama saya sedang menjalani penggambaran, sibuk bekerja dan menjaga anak, Rina.


“Malah, dua bulan lalu saya terkena jangkitan shingles (kayap) dan urine infection jadi keadaan badan saya sangat teruk. Saya rasa sebab itu juga baby tak boleh survive.


“Jadi untuk masa sekarang saya perlu fokus menjaga kesihatan diri dan badan.. Eat well, rest well, sleep well,” ujarnya.




  



Maryam berkata demikian ketika ditemui di Suke Raya 1st Anniversary bertempat di pusat membeli belah MyTown pada Selasa.


Ryzal dan Maryam bagaimanapun akur atas ketentuan Illahi atas ujian yang diberikan kepada mereka.


Jelas Maryam, suami tercintanya Ryzal amat menantikan anak kedua semenjak usia anak sulungnya, Rina mencapai setahun.




  





  



“Bila pertama kali saya tunjuk pregnancy test kit double line kepada Ryzal dia sangat teruja sebab dah tunggu lama. Sejak Rina umur setahun dia dah tunggu anak kedua.


“Dia menangis ketika tahu saya keguguran.. Tapi suami saya percaya dengan perancangan Allah swt. Mungkin kami belum bersedia untuk ada anak kedua, perlu beri tumpuan kepada Rina… Saya percaya rezeki akan datang lagi, kami akan terus mencuba,” akhirnya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 09:49 AM | Show all posts
anak dorang xcomel tu je nak ckp.. maapla hati acik terlalu itam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:59 AM | Show all posts
macam mana ko boleh dapat kayap dek oi
acik b40 pun tak pernah ada kayap
ko konon t20 ada kayap pulok
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 10:33 AM | Show all posts
kenapa laki tu mcm gayah je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik, bini kau lepas gugur dik, badan dia perlu rehat lama. Ko takpayah getik sangat nak bagi bini mengandung cepat². Ni la bila otak sekadar hiasan.
Si bini, walau nak anak cepat2 sekalipun, fikirkan la badan tu nak pakai lama, ambil masa dulu nak heal. Ummah korea kan taknak anak banyak. Takyah ikut ummah laki kau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:36 PM | Show all posts
sampah betul la dua ekor monyet ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2023 03:36 PM | Show all posts
salam takziah la...walau x berapa kenan pasangan ni...
tapi doakan yg terbaik utk kome
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana boleh kena kayap yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 25-5-2023 06:08 PM
Mcmana boleh kena kayap yer?

Kayap ni virus chicken pox yg tidur dalam badan. Orang pregnant kan immunity lemah, so virus ni boleh aktif balik. Iouls pon kena demam campak berulang/shingle masa pregnant.. so memang doctor monitor sampai beranak sebab takut ada masalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 25-5-2023 07:01 PM
Kayap ni virus chicken pox yg tidur dalam badan. Orang pregnant kan immunity lemah, so virus ni bo ...

Oooo… dulu selalu dgr org ckp kalau kena kayap ular tu bahaya.. tu yg seram bila dgr org kena kayap
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:53 AM | Show all posts
Bila hidup berpaksikan medsos samapai tak hirau kesihatan diri.. ni le balasan kot laki dia buang hp dlm tongsampah camdek B40.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:02 AM | Show all posts
cam hanattttttt
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:35 AM | Show all posts
habis si laki ni malas nk mmpos soh bini angkat sampah berat2 g buang pastu laki kt tingkat atas buat video ckap bini rajin itu ini..bangkai nyeehhh gayah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Semoga tak membiak lagi selepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
opie5662 replied at 26-5-2023 12:23 PM
Alhamdulillah.. Semoga tak membiak lagi selepas ni...

LoLLLL iols masuk benang ni nak komen benda serupa
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau rupa christian bale hadap juga dek kami2 nak pikirkan masalah keturunan tu. yihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.195863 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list