|
BEYONCE
BERGELAR bintang terkenal dunia ternyata tidak membuatkan penyanyi Beyonce berasa gembira dengan kemasyhuran yang dimiliki.
Menerusi temu bual audio siar (podcast) bersama Brilliant Idiots, penyanyi berusia 41 tahun itu memberitahu populariti yang dinikmati membuatkan dirinya tidak boleh bergerak bebas, termasuk makan di restoran seperti orang lain.
Kata pemenang Anugerah Grammy sebanyak 32 kali itu, dia dilarang sama sekali untuk makan di restoran, termasuk keluar berjalan-jalan di tempat umum kerana dikhuatiri boleh menimbulkan rusuhan dalam kalangan peminat.
“Kebebasan saya disekat bukan atas kehendak sendiri. Tetapi oleh pihak berkuasa apabila ada undang-undang melarang saya untuk makan di restoran dan keluar berjalan-jalan,” katanya.
Ujar Beyonce lagi, undang-undang yang dikenakan ke atasnya sebelum ini pernah terjadi ke atas bintang pop Michael Jackson.
Undang-undang tersebut antara lain menggariskan, jika Beyonce melanggar peraturan yang dibuat dan kemudiannya menimbulkan rusuhan, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun kerana kesalahan mencetuskan huru-hara. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... lan-di-tempat-awam/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|