View: 957|Reply: 0
|
Peruntukan M40, B40 wajar diberi sama rata
[Copy link]
|
|
Peruntukan M40, B40 wajar diberi sama rata
Kerajaan perlu berikan layanan setara kepada M40 seperti B40 untuk sesetengah kes bagi mengelak terus terbeban. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dengan keadaan ekonomi tidak menentu serta kenaikan harga barangan bukan hanya memberi tekanan kepada golongan B40, malah juga kepada M40 terutama berstatus ibu dan bapa tunggal dengan anak yang ramai.
Dengan pelbagai komitmen khususnya untuk menyara keluarga membuatkan gaji diperoleh M40 pasti tidak mencukupi.
Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Kuala Lumpur dan Selangor (WITUS), Shiella Tukimin, berkata golongan M40 tidak sepatutnya tersisih kerana ada antaranya tidak terlalu kaya dan masih perlu mendapatkan insentif dan subsidi bagi mengurangkan beban.
"Sekarang ini barang asas digunakan setiap hari semakin mahal.
"Kalau semua hak dan subsidi bagi golongan M40 juga disekat ia tambah menyukarkan mereka. Adakah kita mahu melihat M40 akan jatuh lebih teruk daripada B40?," katanya.
Justeru, beliau berpandangan supaya kerajaan memberikan layanan setara kepada M40 seperti B40 untuk sesetengah kes.
"Kalau kerajaan tetap mahu memutuskan memansuhkan peruntukan bagi kumpulan M40 seperti subsidi minyak secara bersasar, mungkin akan ada antara mereka rasa terkesan.
Presiden WITUS, Shiella Tukimin. - Foto NSTP
"Sedangkan mereka juga berjuang bekerja untuk menyara keluarga, manakala bekerja sendiri atau berniaga tetap ada kekangan, tidak mustahil mereka akan jatuh lebih teruk daripada B40," katanya.
Tambahnya, keadaan ekonomi sekarang amat membebankan semua lapisan masyarakat lebih-lebih golongan yang tidak mendapat peruntukan atau subsidi daripada kerajaan.
Contohnya, kalau golongan M40 dapat gaji dalam RM5,400 hingga RM6,000 sebulan. Tapi komitmen mereka tinggi untuk bayar kereta, rumah, untuk menyara keluarga, anak-anak dan sebagainya, tetapi mereka tidak mendapat apa pun peruntukkan yang sepatutnya untuk mereka. Ini sangat membebankan.
"Berbeza dengan B40. Walaupun gaji mereka rendah daripada M40, mereka masih boleh nikmati pelbagai subsidi diberi kerajaan.
"Jadi saya berharap supaya kerajaan dapat memberikan peruntukan sama kepada M40. Mungkin boleh dikurangkan, tetapi jangan dimansuhkan.
"Jangan dinafikan hak kumpulan M40 sebab rata-rata rakyat di Malaysia ini sangat susah dan terbeban dengan ekonomi yang tidak stabil.
"Saya mohon supaya kerajaan lebih fokus membantu rakyat, supaya apa yang diberikan kepada masyarakat dapat dimanfaatkan oleh semua kategori," katanya.
Beri perhatian ibu dan bapa tunggal
Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi berkata, ibu dan bapa tunggal perlu diberi perhatian dan sokongan lebih walaupun mereka dikategorikan dalam kelompok M40.
Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi. - Foto BERNAMA
Katanya, sokongan perlu diberikan perhatian dengan kos sara hidup meningkat membuatkan gaji diperoleh tidak mencukupi.
"Saya rasa kita perlu beri mereka peluang sekurang-kurang untuk bekerja dari rumah (BDR) bagi membolehkan mereka menjaga anak mereka.
"Ada kalangan mereka ini mempunyai dua hingga tiga anak yang orang kurang upaya (OKU).
"Jadi, ini yang sedihnya. Kita perlu sokong mereka. Buat masa sekarang, miskin bandar atau miskin tegar sudah semakin ramai. Jadi, ada ibu dan bapa tunggal terpaksa jaga anak-anak sama ada mempunyai anak OKU atau yang tiada," katanya.
Ras Adiba berkata, keadaan ekonomi sekarang berbeza dengan 10 tahun lalu sekali gus perlu melihat semula kelompok ini terutama dengan pelbagai tekanan kehidupan hingga boleh berlaku masalah kesihatan mental, kemurungan dan sebagainya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... ar-diberi-sama-rata
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|