View: 48943|Reply: 552
|
"Nurshahila, Kau Tanggunglah Dosa, Mak Tak Maafkan, Tak Reda," Hati Fauziah Sarman Sudah Dikisar Halus
[Copy link]
|
|
Fauziah Sarman kecewa dengan sikap Shila Amzah yang didakwa melemparkan kata-kata kesat kepadanya sebelum ini.
Katanya, dia tidak tergamak untuk menulis kata-kata yang keluar daripada mulut anaknya hanya disebabkan rumah pusaka yang menjadi ingin dijualnya.
Foto: IG
"Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu.
"Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham," katanya di Instagram.
Bagaimanapun Fauziah memadam hantaran berkenaan beberapa minit selepas ia dimuat naik.
Kata Fauziah, dia tampil memberi kenyataan tersebut kerana ingin membersihkan namanya yang sudah tercalar.
Tidak hanya itu, dia juga kecewa dengan sikap Shila yang membiarkan orang lain menghinanya di dalam sebuah siaran langsung baru-baru ini.
Menurutnya dia masih belum mampu memaafkan kesilapan anaknya itu malah meminta Shila untuk berhenti menipu.
"Hati emak memang sudah dikisar halus. Emak bersuara demi maruah emak. Banyak Rahsia yang emak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.
"Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji emak sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya. Buat masa ini emak belum dapat maafkan dan emak tak reda dengan apa yang Shila buat. Berhenti menipu!
"Ya Allah... Ampunkanlah segala dosa-dosaku... Hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepadaMu kerana sesungguhnya aku milikMu.
"Nurshahila, kau tanggunglah dosa... Pada Allah Mak serahkan dirimu dan semoga Allah SWT mengadili segalanya serta memberimu pertunjuk," ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian itu juga, Fauziah mendedahkan Shila pernah berjanji untuk menjaga dan membiarkan ibunya terus tinggal di rumah yang dianggap harta pusaka keluarga.
Fauziah kata dia menyedari hak Shila sebagai pemilik utama rumah tersebut malah tidak membantah sekiranya ia dijual.
"Dengan segala konflik keluarga yang kita hadapi, emak tidak pernah bantah andainya 'rumah keluarga' yang dilabel sendiri oleh Nurshahila sebagai 'rumah pusaka' untuk dijual kerana emak sedar diri rumah itu atas nama anak emak yang popular.
"Tak perlu mengingatkan emak berkali-kali tentang itu kerana terserah untuk Nurshahila buat apa sahaja kerana ya rumah ini atas nama Nurshahila.
"Walau tahun lepas ketika abah lari Nurshahila pernah cakap mujur rumah ini atas nama Shila, biarlah kekal jadi rumah pusaka mak tinggalkan sampai bila-bila jangan kisah Abah tak ada, orang boleh sara mak. Ini janji Shila pada mak.
"Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak," luahnya.
Pada Isnin lalu, Syada mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya yang didakwa bakal dijual.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut.
Jelas Shila, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka.
Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut.
Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi wartawan Cari ni. Berdesup2 masing2 up benang..kejar incentive ke? Pnt iols nak komen kat semua benang. Aishh! |
|
|
|
|
|
|
|
Stop main social media acik. Dah tua malu weh selesai lah cara baik dgn anak2. Ini kes mak yg rasa dia pegang dosa pahala anak.
Anak2 makcik yg lain tu sila lah jadi orang, pergi kerja cari duit sendiri. Kesian Shila dah banyak tanggungan, ringan kan lah beban dia Serba sedikit. |
|
|
|
|
|
|
|
makcik lawa…cari lah laki baru yg kaya
tp jgn jadi penyondol ya |
|
|
|
|
|
|
|
sedih plak dgr mak ckp mcm ni kat anak...xredha..minta maaf jela sheila...salah ke betul mak ni mmg ada tmpt nya yg tersendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah ya tuhanku..aku pulak rasa mcm nk kisar2 makcik ni pastu tanam |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga ni xde wasap group ke sampai smua nak cerita kat public. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak benang nak bukak ni? Mod boleh la tutup benang mana yang tak patut ni |
|
|
|
|
|
|
|
dh kene bubar la tu sbb paklalat admin. dia delete grup
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah pusaka apa? owner tak mati pun lagi nak label2 rumah tu rumah pusaka. |
|
|
|
|
|
|
|
daiszy_are replied at 13-10-2023 10:22 AM
Keluarga ni xde wasap group ke sampai smua nak cerita kat public.
Dah masing2 block memblock antara satu sama lain. Mana maunya. Socmed jelah cara nak communicate. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
rumah pusaka?
shila tak mati lagi. rumah pusaka apanya. kalau shila mati pon, anak dia (seth) yang dapat paling banyak bahagian |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah pusaka apaaaaa? dahla jahat bodoh pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
mak dia ni mmg perempuan gila. yang bua aib mak dia ni si sapik tu. kalau dia tak buka mulut takde sapa tau si sha tu pg tendang pintu, kena tampor apa bagai
si sha tu kan ckp pasal valuer dan prospect dtg nak tgk rumah kan. yg kirai habis tu si sapik tu. kesian la ko dik shahila. buat A mak ko kecam, buat B pun mak ko kecam. ko takde dlm hati dia |
|
|
|
|
|
|
|
geram betul aku baca rumah pusaka apa nyaa wehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 porem... jgn lah jadi mak2 mcm acik ni.. sikit2 x redha.. sikit2 x maafkan.. sikit2 mengungkit mengandung 9bulan....
Acik ni lupa kot...penah makan minum duit hasil keringat anak..sedangkan acik n laki yg sepatutnya menafkahi anak...
Mmg niat acik nak ditaja seumur hidup oleh anak2 kan..sbb tu acik x berniat utk keje..sedangkan acik ni rupa paras lawa..ada followers...byk je peluang acik cari makan..dari mengharap ditanggung 100% oleh xila..bila xila ni tarik balik semua keistimewaan, bermulalah drama tamil mcm x de kebaikan langsung xila tu ehhhhh? Klu xila tu mengamuk, biadap.. muhasabah lah kejap makcik...kenapa dia boleh jadi mcm tu..
Again, sejahat mana pun anak tu..jgn lah menyumpah2 x redha la...x maafkan lah... just doakan Allah beri hidayah je utk dorang |
|
|
|
|
|
|
|
toksik tahap dewa mak mcm ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
dosa anak pada kau, kau kira..
dosa kau pada anak, kau tak nak kira? |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu yang derhaka kepada anak |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik ni sihat lg.pergi la kerja cari harta sikit2.anak tu da nak mental dgn perangai ko dari dia kecil.ko tu yg derhaka pada anak! |
|
|
|
|
|
|
| |
|