View: 19953|Reply: 31
|
"Kalau kakak meninggal, barulah rumah itu jadi pusaka" - Cadar Dan Capig Tak Tersenarai Sebagai Waris Faraid!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pakar kewangan dan pengurusan harta, Muhamad Dzul Ikram memaklumkan sesebuah rumah akan menjadi harta pusaka sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, dia yang dikenali sebagai Dzul Ikram ketika menjelaskan situasi dialami keluarga penyanyi terkenal, Shila Amzah berkata, adik kepada Shila iaitu Amir Syafiq langsung tiada hak ke atas rumah terbabit.
Malah katanya, kediaman yang kini didiami Fauziah Sarman, Amir, Syada dan Amir Syahir di Hulu Langat masih kepunyaan Shila kerana segala pembayaran ditanggung oleh penyanyi tersebut
“Rumah atas nama kakak, dibayar oleh kakak dengan hasil pendapatan dia, maintenance (selenggara) rumah pun dibayar kakak.
“Tapi adik-beradik ‘claim’ rumah itu rumah pusaka? Kalau kakak meninggal, barulah rumah itu jadi pusaka,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Dzul Ikram, adik-beradik tidak tersenarai sebagai ahli waris yang berhak menerima pusaka.
“Adik-beradik tak ada hak langsung atas rumah itu sebagai waris faraid. Yang ada hak adalah ibu bapa, suami dan anak lelaki dia.
“Itu pun bahagian untuk ibu bapa hanya 1/6, suami 1/4 dan baki dari harta itu dapat pada anak dia sebagai waris asobah,” ujarnya.
Pada masa sama, Dzul Ikram memberitahu bahawa Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berhak untuk menjual kerana rumah tersebut atas namanya.
“Kakak hidup lagi, apa yang rumah pusakanya? Jadi, dia nak jual ke tak, dia ada hak sebab rumah itu atas nama si kakak.
“Masih ramai lagi yang jahil dalam bab pengurusan harta dan faraid. Harta pusaka pun tak tahu apa maksudnya,” ujarnya.
Terdahulu, konflik keluarga Shila bermula selepas adik bongsunya, Syada Amzah memuat naik hantaran mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang diduduki bersama ibu mereka.
Rentetan itu, Shila membuat hantaran balas dalam sesi siaran langsung di Instagram dengan mendedahkan dirinya bekerja sejak kecil selain tidak memegang kad bank serta kad pengenalan sehingga berumur 28 tahun.
Pelantun lagu Tiada Dirimu itu turut memperincikan keputuan menjual rumah miliknya serta sikap Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka tampil bersuara sekali gus menghangatkan lagi suasana. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis tak bersyukur family dia ni..kesian dia weh. Kerja mcm lembu alih2 camni lak kena. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut pun kalau shila berhasrat nak jual rumah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu la capig suruh tukar nama rumah tu ke nama maklalat. Nanti dorang adik beradik boleh dapat bahagian. Unfortunately rumah tu atas nama sha & sha jugak yang serve loan. And sha decide nak jual je rumah tu instead of tukar nama ke maklalat. So merempan & melopong la biawak2 tu semua.
Capig, since kau suka bab pukul memukul ni, kau jadi bonzer je la.
Jadah, kau cuba apply join porta potty tu. Untung2 dapat fly ke dubai sana. Mulut kau pun sesuai dengan job tu. Sama2 busuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata capig dia nk fly ke China sbb ada job kt sana. Job apa ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnyer MAK LALAT YG 2ND COMMANDER YG TOXIC!
Bercerai dgn PakLalat pun dia suruh anak dia amek berebut kereta kan? Takkan Si Syalalat biawok yg pandai2 nak bawak lari kereta loloks..
|
|
|
|
|
|
|
|
mendedahkan dirinya bekerja sejak kecil selain tidak memegang kad bank serta kad pengenalan sehingga berumur 28 tahun.
Kejamnyaaaa..ibubapa apa ni???? |
|
|
|
|
|
|
|
SHILALAT SILA CEPAT2 JUAL RUMAH PASTU CABUT LARI... JAGA RUMAHTANGGA KO..
KO TRANSFER AJE DUIT KEPOK2 PADA MAK KO MAKLALAT..
LAIN ADEK BRADEK NAK NAK SI SYALALAT BIAWOKS, CADALALAT KAKNAM 12 LANTAK DORANG PANDAI2 DORANG HIDUP DGN KUCING 40 EKOR!
|
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 14-10-2023 06:59 PM
Kata capig dia nk fly ke China sbb ada job kt sana. Job apa ye?
Syalalat biawok gi China kerja siat kulit babi kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
run shila run... nasib baik la she dah bersuami... hidup je la dgn anak dan suami
put a big fat boundary between you and mak lalat and those toxic siblings... ilmu faraid pun tunggang langgang...
jangan lupa protect anak u betul2... i risau la kalau kes ada pewaris tunggal ni... ubai sila cepat2 buat kerja
btw ada hikmahnya, ramai netizen yg tak ada pengetahuan ilmu faraid ni dapat belajar dan ambil pelajaran drp keluarga sheolss |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 14-10-2023 07:33 PM
Mak aih tajuk thread capig terus diletak |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah iols dah cakap nampak bebenorr jahil murakabbbbb family xila ni lagi2 adik dia dua.ekor yang tarak guna tu..Mak pulak sama naik kekdahnya..xila silalah jual cpt2 supaya drg bolehlah berambussss cepat2 |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 14-10-2023 06:59 PM
Kata capig dia nk fly ke China sbb ada job kt sana. Job apa ye?
Scammer? Atau bakalan jadi mangsa scammer mcm kat cambodia?
|
|
|
|
|
|
|
|
hudalarva replied at 14-10-2023 07:27 PM
run shila run... nasib baik la she dah bersuami... hidup je la dgn anak dan suami
put a big fat bou ...
Kes ni, netizen bljar psl bab harta pusaka dan bab anak sulong prempuan yg byk bkorban dan nab mak yg pilih kasih. Rmai yg hadap mslh sama |
|
|
|
|
|
|
|
Haahaha kann dah kena sebijik. Makna pusaka pun x tau. Puaka tau x ? |
|
|
|
|
|
|
|
Org sebegini jgkla yg xfhm mksd pemegang amanah aka trustee.. Tu yg bila dpt duit epf dia igt duit dia utk berjoli.. Dia xtau dia hnyala pemegang amanah utk jg kebajikan anak yg ditinggalkan..
Mak shila mgkn dok berharap shila bg rumah tu kt dia kot.. Mgkn sblm ni shila ckp xpela mak ayah n adik2 ddkla jela dl sha ada rumah lain kt cyber.so depa igt shila dh kira bagi terus rumah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dolmat replied at 14-10-2023 06:02 PM
SHILALAT SILA CEPAT2 JUAL RUMAH PASTU CABUT LARI... JAGA RUMAHTANGGA KO..
KO TRANSFER AJE DUIT KEP ...
Kenapa nak bagi nekpoji kepok2 duit? Bagi rm500 sebulan pun dah cukup bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap ramai lagi tegur capig, jadah dan nektoksik. Cepatlah Sha lantik lawyer dan akauntan urus semua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|