View: 1006|Reply: 0
|
Bonnie tuju emas untuk abang
[Copy link]
|
|
BONNIE menyumbang emas kelima buat Malaysia di Sukan Para Asia 2022. FOTO Bernama
Hangzhou: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mendedikasikan pingat emas acara 72 kilogram (kg) yang dimenanginya pada Sukan Para Asia (APG) 2022 di sini, buat abangnya Bryan Junency Gustin.
Atlet berusia 24 tahun itu berkata, kehadiran Bryan, 26, yang turut mewakili negara dalam sukan sama menerusi acara 80kg, menyuntik motivasinya untuk membutirkan pingat emas sulung di temasya itu selain memastikan lagu Negaraku berkumandang.
Badang kerdil dari Serian, Sarawak itu yang membuat penampilan keduanya di temasya APG, cemerlang selepas menyandang gelaran juara bagi acara 72kg dengan melakukan angkatan seberat 230kg yang juga rekod baharu temasya pada aksi di Gimnasium Xiaoshan, di sini.
Rekod itu sebelum ini dipegang atlet powerlifting Iran Roohallah Rostami dengan angkatan seberat 229kg.
"Kehadiran dia mengiringi kejayaan emas ini sangat membantu sebab dia merupakan ahli keluarga. Saya harap emas ini dapat suntik semangat buat dia untuk meraih pingat juga bagi acara dia nanti.
"Apa pun saya cukup gembira dengan kejayaan hari ini kerana turut memperbaharui rekod APG," katanya.
Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah Hu Peng dengan angkatan seberat 208kg sementara gangsa diraih wakil Uzbekistan Jamilov Bekzod dengan angkatan 204kg.
Kejayaan Bonnie itu ialah kutipan pingat emas kelima buat negara, selepas renang dan berbasikal trek masing-masing menyumbang satu emas dan olahraga dua emas.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ju-emas-untuk-abang |
|
|
|
|
|
|
| |
|