CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2914|Reply: 32

Ayah Curang, Dah Cerai Langsung Tak Bagi Duit, Tak Jenguk- Bila Anak Sanding Sibuk Nak Datang

[Copy link]
Post time 6-11-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Seorang individu resah akibat bapanya berhasrat untuk melihat dia bersanding di atas pelamin manakala ibunya berkeras tidak mahu melihat kelibat bekas suami.


Tersepit dengan permintaan ibu serta bapanya, lelaki ini masih berharap majlis perkahwinan yang akan diadakan pada tahun hadapan dapat diraikan bersama kedua-dua orang tuanya itu.





Gambar Hiasan





“InsyaAllah saya akan berkahwin tahun depan. Masalahnya adalah ibu dan ayah saya bercerai.


“Jadi ibu saya berkeras tak nak ada bekas suaminya (ayah saya) semasa majlis,” luahnya di media sosial.


Ibunya turut menyatakan keengganan untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan yang dikatakan pernah berlaku curang suatu masa dahulu dan perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian.


“Faktor mereka bercerai pun kerana ayah saya curang. Jadi ibu memang nekad tak nak dia hadir ke majlis saya,” jelasnya.


Tambahnya sepanjang tempoh dia membesar, bapanya tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya mahupun bekas isteri.


Lebih menyedihkan apabila setiap perbelanjaan dan kos kehidupan mereka berdua sepenuhnya ditanggung oleh ibu.


“Kalau boleh tak nak berjumpa sebab ayah saya memang tak ambil tahu sepanjang saya membesar dengan ibu. Semua ibu yang tanggung dari kecil hingga besar.


“Apabila dah dewasa ni, barulah nampak macam nak berbaik dengan saya,” tambahnya yang mengakui berada dalam dilema dengan situasi semasa.


Luahannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.


Kebanyakannya menasihati dia supaya mengutamakan ibu yang telah bersusah payah membersarkannya sejak kecil tanpa kehadiran seorang suami.


“Bagitahu ayah, saya tak jemput sebab nak jaga hati mak. Mak yang jaga dari kecil, ayah bukan ambil tahu... harap ayah faham. Kalau bersanding, kongsikan gambar saja dengan ayah.


“Ayah curang kemudian tidak menjalankan tanggungjawab kepada anak selepas bercerai. Kat situ, pengorbanan ibu besar sangat... Ayah kembali kepada anak, mungkin boleh tumpang senang. Jadi letak diri di tempat ibu, pasangan curang dan hilangkan diri selepas bercerai?


“Jaga hati ibu. Dia yang banyak berjasa dalam hidup awak... sebagai lelaki awak, kena tegas beritahu bapa yang kehadirannya boleh menyebabkan majlis jadi tak meriah. Awak boleh bawa isteri jumpa dia lepas kahwin,” ujar beberapa warga maya.


Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya bapanya menaja atau memberikan sedikit duit perbelanjaan untuk majlis perkahwinan tersebut.


Malah bagi warga maya, jika bapa sekadar ingin melihat anaknya bersanding, ia boleh dilakukan menerusi panggilan video.


“Mungkin kalau ayah sanggup bayar nafkah tertunggak dulu-dulu, mak boleh bagi peluang hadir kenduri. Sponsor sama kenduri tu, setakat nak tengok sanding... video call pun boleh.


“Suruh ayah buat kenduri asing di rumah dia, kenduri di rumah ayah... mak tak perlu pergi. Jadi kedua-duanya dapat tengok awak bersanding.


“Buat dua kenduri, satu sebelah mak dan satu lagi sebelah ayah... adil, jadi tiada adegan masam muka,” tambah beberapa netizen lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah..mesti Anak tu kerja best
So boleh kaut2 sikit duit Anak
Padahal selama Ni buat tak tau je kat Anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:09 PM | Show all posts
Lelaki kan? so tak ada function pun ajak ayah kau tu.... ko bgtau lah tarikh lain... biar dia datang sorg2..haha.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
suruh ayah tu approach mak sendiri, offer nak sponsor banyak ke, mak tu maybe dari tahap benci boleh turun ke tahap tolerate keberadaan bapak tu. kesian jugak budak laki ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:27 PM | Show all posts
Buat mock kad kahwin tarikh lain.. biar terkulat bapak kau datang silap ttarikh.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:31 PM | Show all posts
mcam bapak mertua aku dulu..nak soh sign borang kebenaran wali bagai kena bayar dia rm500, biras aku lagi sedap dia mintak rm2000...da le menyusahkan mak mertua aku dulu masa cerai ditinggal terus mak mertua aku n anak2,tak bg duit bagai.layan pucuk muda.ni da tua hanat terhegeh kat bini aku mintak duit..cakap tanggungjawab anak kena jaga ayah bagai..memang hanat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 05:53 PM | Show all posts
Malu nye baca riwayat hidup bapa beliau...

Rasanya betul laluan hidup meols untuk membujang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:57 PM | Show all posts
ko bertegas je lah, jangan bagi ayah kau datang mejelis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 09:24 AM | Show all posts
Xde makna nak tersepeit deh..nak datang suh dia bayar semua amaun nafkah tertunggak yg bapak dia hutang sepanjang mak dia membesarkan anak-anak. Sedap ah masa kecik ko tak peduli. Dah besar nak berbaik sebab ada makna. Kalau bapak tu jalankan tggjwb walaupun dah bercerai tu lain ceta. Ni sah-sah jenis parasit gunakan lesen bapak utk guilt trap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:38 AM | Show all posts
ibu mu.. ibu mu.. ibu mu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:52 AM | Show all posts
benda terang mcm ni pun xle nak pikir cmna nak jadi laki orang ni ketua keluarga ni. dah mak ko xnak ko respect jela sbb bapak ko pun sejenis sperm donor je kan, dapat puki lain lari xde toleh2 bekas bini dgn anak2 cmna..mak ko yg susah payah bela ko. pak ko tu dia sebok sbb ko ni da besar n harapkan ko dpt hulur sikit or tanggung dia la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 6-11-2023 05:31 PM
mcam bapak mertua aku dulu..nak soh sign borang kebenaran wali bagai kena bayar dia rm500, biras aku ...

Bini you bagi tak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:52 PM | Show all posts
normal di kalangan bapak2 melayu... bila bercerai setengah sanggup tak ngaku anak pun dengan bini tua... anak2 dia yg dgn bini muda jer ... tp bila anak2 dgn bini tua dah besar.. kena pulak jawatan masyukkkkk.... bapak pulak dah tak kerja dah umur pencen dah tak dak pendapatan... ni la peluang nak baik2 ngan anak dgn bini tua.. kot-kot boleh  la tumpang sekaki.. dapat 500-600 sebulan pun dah bagussss......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:09 PM | Show all posts
Sazreena replied at 7-11-2023 09:24 AM
Xde makna nak tersepeit deh..nak datang suh dia bayar semua amaun nafkah tertunggak yg bapak dia hut ...

good idea!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 6-11-2023 05:27 PM
Buat mock kad kahwin tarikh lain.. biar terkulat bapak kau datang silap ttarikh.. ekekekek

jahattttt

make sure masa mock date tu satu fmly tade kat umah. pengantin p hanimun, mak dia p holiday
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:21 PM | Show all posts
tak ajak pun tak apa, bukan kena bernikah pun kan. bapa nak tong tong duit salam kaut ke? kata me menuduh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 01:29 PM | Show all posts
mmg sejenis bapak xtau malu la ni
dlu2 lari tggungjwb.. tup2 dh besar terhegeh2 buat baik
sebenarnya nk tumpang senang.. bg kata 2 kt bapak tu ..
kalo dia sebut psl tggungjwb anak ko bg setepek kt muka dia.. dlu2 bertggungjwb sgt ke sbg bapak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:30 PM | Show all posts
mcmn bapak ko boleh jumpa ko dan tau ko kat mana? kenapa ko bgtau bapak ko yg ko nak kawen?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:32 PM | Show all posts

i yang bayar huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:34 PM | Show all posts
twins replied at 7-11-2023 12:52 PM
normal di kalangan bapak2 melayu... bila bercerai setengah sanggup tak ngaku anak pun dengan bini tu ...

ada kawan i bapaknya ex ptd buat perangai tinggalkan theyall time kecik..anak dah besar pandai dtg mengendeng esp kat dia sebab keje private position pun tinggi. mmg di whoareyous kan orang tua tu..even adik2 hasil marriage baru pun dia tak acknowledge..dia cakap bukan adik dia, anak kau..gitew dibagi balik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045695 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list