CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4642|Reply: 40

Rakyat Malaysia Lebih Pilih Bercuti Di Thailand, Harga Makanan Dan Hotel Langkawi Cekik Darah

[Copy link]
Post time 7-11-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Orang ramai lebih memilih Hatyai sebagai destinasi utama untuk bercuti berbanding Langkawi adalah disebabkan harga makanan dan hotel yang mahal serta tidak masuk akal.


Kosmo melaporkan, rata-rata memberikan pandangan sama bahawa bercuti di negara jiran lebih murah dan berbaloi.


Ada seorang pengguna meluahkan dia terpaksa keluar lebih RM1,200 untuk bermalam selama dua malam di Langkawi.


“Tak berbaloi, mahal sangat-sangat. Tiga hari dua malam dah habis RM1,200,” komen Nazreen Ikmal.


Foto: Harian Metro




Beberapa lagi pengguna berkata, harga yang dibayar juga tidak setimpal dengan servis yang diberikan oleh pihak hotel di Langkawi membuatkan negara jiran seperti Hatyai menjadi pilihan.


“Semuanya tentang kos. Saya selalu sokong pelancongan Malaysia. Tapi hari ni semuanya melonjak naik dan servis dua bintang je. Bayaran kalah lima bintang. Bercuti di negara jiran lebih murah dan berbaloi,” komen Lady Munny.


“Fakta pergi Langkawi memang semua mahal. 70 peratus yang disajikan di Langkawi ada di Hatyai dan jauh lebih murah walaupun ringgit dah menghampiri dolar,” komen Saidin pula.


“Itulah padah bila berniaga bertahun-tahun ‘cekik darah’ orang, letak harga potong leher,” komen Syed.


Ramai pengguna menggesa agar pihak kerajaan negeri atau kementerian berbuat sesuatu untuk mengawal semula harga agar Langkawi menjadi pusat pelancongan mampu milik.


“Murahkanlah barang-barang, makanan, hotel di Langkawi. Semua benda nak mahal. Cuba murahkan sikit, mesti lebih ramai orang datang,” komen Muhammad Hakim.


“Menteri di Langkawi kena buat sesuatu. Promosikan semula pada rakyat,” komen Daud Damek.


Sebelum ini industri kedai makan dan kereta sewa di Langkawi mengalami kerugian banyak didorong oleh tindakan orang ramai yang lebih memilih Hatyai di Thailand sebagai destinasi percutian.


Malah, faktor harga makanan dan penginapan yang lebih murah di selatan Thailand turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk memilih lokasi itu berbanding Langkawi. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 02:31 PM | Show all posts
RM100+ hotel kt langkawi boleh dpt hotel yang wayyyyyyyyyyy wayyyy wayyyy better dkt hat yai or thailand sana

awal tahun haritu duduk dkt bayview langkawi
dkt pekan kuah
200+ tak silap
ok je hotel n layanan cuma kalau kt thailand byar hotel byk tu siap boleh dpt pool depan bilik
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:34 PM | Show all posts
baru ja balik dari Langkawi, bilik 3k+ semalam tak bising pun

nama hotel dirahsiakan

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:03 PM | Show all posts
nasi dagang pak malau, harga overrated, tp sayur pun x dak..

lgk ni 2 tahun sekali leh la p, tu pun sbb ada LIMA...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Recycle berita ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:34 PM | Show all posts
Ni berita sempena nak deepavali ke bakalan bersheshak ke sempadan nun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2023 03:39 PM | Show all posts
sepatutnya yg muslim kena boikot Thailand kerana negara ini dengan terang-terangan menentang hukum Allah iaitu mempromisikan LGBT dan pelacuran. duit yg di bawa ke sana akan menyumbangkan peningkatan maksiat. jangan nampak produk Yahudi je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatau ntah brapa byk kali ntah nk recycle berita yg sama tiap bolan.
Najis!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
apa jijik recycle cerita berbulan2 lepas..nk kejar kpi cari ke..

buat apa nk kejar kpi wartawan cari sgt kalo esok lusa korang stress mati...forum cari tetap boleh beroperasi spt biasa...mcm benang sebelah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:47 PM | Show all posts
bagus nnt deepavali penuh umat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa tragedi siakap display.


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:58 PM | Show all posts
betul ke hotel thailand murah? rasa sama je mcm kat malaysia. ku tak nafikan massage dan hiburan mmg murah, beer murah, street food slightly murah, tiket tgk bapok pon murah . tapi hotel tu murah ke? aku rasa sama je mcm harga sini. korg tdo hotel apa ni yg harga 2 star dpt 5 star kat thailand
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 04:00 PM | Show all posts
manehnya replied at 7-11-2023 03:03 PM
nasi dagang pak malau, harga overrated, tp sayur pun x dak..

lgk ni 2 tahun sekali leh la p, tu pun ...

Dh mmg bkn tmpt asal nasi dagang, mmg hrga xmasuk akal lh..Uols penah pegi cili kampung kt sna? ok x?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok aje hotel kat langkawi. Sampai beribu tu duduk berjaya langkawi ke apa. Ai amik Homestay lagi puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 05:17 PM | Show all posts
byak attraction baru kat Langkawi contoh cam Kubang Badak Geotrail, Langkawi Geopark Discovery Center, Dream Forest (air tangan Tiara Jacquilina), Maha Tower, Splash Out, Langkawi Marine Park
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bl kurang org melancong mula la Naik isu ni...cer kalo ms ramai pelancong...harga bedil2 kene..coklat pun x murah mn dah skrg... Coklat yg nama Pak menteri Tu anak2 iolss x suka makan sbb dia org ckp manis sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 07:17 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-11-2023 02:34 PM
baru ja balik dari Langkawi, bilik 3k+ semalam tak bising pun

nama hotel dirahsiakan

chuols duduk Looma kew?

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nie bila time nk cuti sekolah, cuti panjang, cuti umum akan timbul isu ini balik
bru aku bca kt kosmo tdi berita ini, dh masuk forum cari
aku x minat nk gie langkawi kecuali naik flight, tpi dulu gie langkawi mcm bosan jer
tempat aku yg dkt pulau Maldives Malaysia pun aku gie sekali jer, tpi mcm kundasang tu aku minat sbb kereta blh sampai pintu hotel
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg dok perlis ni pun, last pergi langkawi masa ank skolah rendah
Sampai la budak tu grad Uni pun, masih xminat pergi sana lg
Kalau siam phuket krabi tu dah berkali2 pergi dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi Langkawi bln 9. Tapi sebab duduk kt Datai tak boleh nak compare lah dgn hatyai…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048556 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list