CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1912|Reply: 7

Hairi bengang pempengaruh media sosial buat hal di lokasi penggambaran

[Copy link]
Post time 7-11-2023 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Hairi bengang pempengaruh media sosial buat hal di lokasi penggambaran

Hairi Safwan. Foto Aziah Azmee



Kuala Lumpur: Pelakon Hairi Safwan mendedahkan kesabarannya teruji apabila terdapat seorang pempengaruh media sosial TikTok yang sudah membuang masa dirinya dan seluruh pasukan produksi telefilem Hang Nak P Mana? selama lebih enam jam hanya untuk menjayakan satu babak mudah.

Hairi ketika ditemui berkata, pempengaruh terbabit yang hadir tanpa sebarang persediaan masih sempat melakukan siaran langsung di TikTok.

"Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila ada satu babak dengan seorang pelakon tambahan yang memakan masa lebih enam jam. Ketika itu proses penggambaran bermula sekitar jam 12 tengah malam dan hanya berakhir jam 6.40 pagi.

"Sebelum nak mulakan babak itu saya tanya kepada pengarah siapa pelakon tambahan untuk babak seterusnya ini, pengarah beritahu individu itu adalah seorang pempengaruh media sosial. Saya pun okey saja tapi selepas dia mengambil skrip dia masih sempat buat 'live' di TikTok.

"Kemudian sekitar jam 11.30 malam saya ajak dia untuk membuat sedikit latihan kerana nak pastikan babak ini berjalan dengan lancar. Malangnya dialog yang dilontarkan agak tergagap, namun dia beritahu sudah maklumkan kepada pengarah yang dia akan melontarkan dialog sepatah demi sepatah.

"Ibaratnya satu perkataan yang dilontarkan pengarah akan 'cut' dan dia akan sambung semula dengan perkataan lain. Sudahnya babak itu selesai awal pagi. Saya dimaklumkan sebelum pempengaruh itu terima tawaran ini dia beritahu sekiranya tiada dialog dia tidak mahu terima, sudahnya apabila dah beri peluang jadi begini pula," katanya Hairi ditemui media pada majlis pelancaran telefilem Hang Nak P Mana? yang bakal menemui penonton di Astro First pada 9 November ini.

Menurut Hairi, dia tidak serik untuk bekerjasama dengan pempengaruh media sosial pada masa mendatang, tetapi dia mengingatkan agar pendatang baharu ini untuk melakukan persediaan rapi sebelum datang ke set penggambaran.

"Cuba hargai pengarah dan seluruh pasukan produksi supaya kerja orang tak jadi lambat. Sebelum masuk set tolong hafal skrip yang diberikan sebab memang tiada masa untuk berlatih di lokasi penggambaran.

"Kalau saya mungkin masih boleh layan lagi apabila pelakon itu susah nak selami karaktornya. Saya akan cuba bantu, tapi apabila ada pempengaruh yang bila diajak untuk berlatih tetapi cuba mengelak saya memang malas nak ambil peduli.

"Bagi saya, ego anda tidak tercalar pun sekiranya anda bertanya. Masalah akan terjadi apabila anda tidak fokus dengan kerja yang anda lakukan dan buat benda lain seperti 'live' di set penggambaran.

"Selama ini saya selalu dengar artis senior merungut dengan sikap pelakon baharu, tapi kali ini kena pada batang hidung sendiri. Pernah juga saya lihat pelakon senior memarahi pelakon baharu, tapi saya cuba ambil pendekatan untuk membantunya. Mungkin saya seorang tenaga pengajar jadi saya tahu nak memudahkan urusannya," katanya.

Selain Hairi, telefilem Hang Nak P Mana? arahan Asri Baq'U Tajudin itu turut dibintangi Joey Daud, Wafariena dan Rahim Jailani.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... lokasi-penggambaran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 07:09 AM | Show all posts
aku pon pantang kalau orang kerja tak serius. menyusahkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:51 AM | Show all posts
mamat ni walaupun tak popular tp drama dia bnyk...semua drama2 dia aku tgk tp nama dia masih aku tak ingat
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 8-11-2023 07:51 AM
mamat ni walaupun tak popular tp drama dia bnyk...semua drama2 dia aku tgk tp nama dia masih aku tak ...

dia ni kalau berlakon tiptop! semua watak menjadi, dr baik sampai ke jahat, sampai ke ustaz.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluar cerita tu kat astro first nnt..tahu lah siapa pempengaruhhh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:09 AM | Show all posts
ctnorenjoy replied at 8-11-2023 07:56 AM
dia ni kalau berlakon tiptop! semua watak menjadi, dr baik sampai ke jahat, sampai ke ustaz. {:gif ...

btl..lakonan dia semua menjadi...drama dia dgn fattah amin ustart enjin tu best...kelakar...sampai skrg aku teringat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 8-11-2023 08:09 AM
btl..lakonan dia semua menjadi...drama dia dgn fattah amin ustart enjin tu best...kelakar...sampai ...

ha betul2... ni pun kelakar. 2-3 drama jgk dia bawak watak kelakar serius. muka serius kemain, tapi kelakar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dia terus sukses dalam bidang lakonan. Rugi la influenza tu tak nak belajar ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.327345 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list