View: 8053|Reply: 26
|
Gadis Kecewa Bakal Ibu Mentua Downgrade Dirinya "Pukul 3 Pagi Masih Dengan Lelaki, Kalau Hantaran Ni, Dua Tiga Ribu Je"
[Copy link]
|
|
Seorang gadis mendedahkan pengalamannya berjumpa dengan ibu kekasihnya pada awal pagi.
Menerusi satu rakaman secara tersembunyi, kedengaran perbualan antara seorang ibu bersama anak lelakinya iaitu kekasih kepada gadis berkenaan.
“Dik, ini ke bakal menantu mak? Haa inilah dia,” menurut perbualan dua beranak itu.
Ibu kekasih mempersoalkan dirinya tidak pulang ke rumah meskipun sudah awal pagi.
Gambar Hiasan
Namun maklum balas yang diberikan si ibu sememang-memangnya tidak dijangka.
Walaupun dia diberikan pujian mengenai kecantikan dan penampilannya, namun wanita berkenaan sempat menyelit dengan kata-kata berbaur sindiran.
“Muka dah cantik, baju dah cantik. Baju kurung dah macam perempuan Melayu terakhir. Kenapa bawa balik pukul dua tiga pagi ni?” soal si ibu kepada anak lelakinya.
Lebih mengejutkan apabila tidak semena-mena ibu kekasihnya mengaitkan situasi berkenaan dengan wang hantaran perkahwinan.
“Kalau hantaran ni, dua tiga ribu je dik,” tambah si ibu.
Berdasarkan lenggok dan nada percakapan, dapat ditafsirkan kata-kata si ibu itu merujuk kepada adab dan perilaku gadis berkenaan yang seolah-olah tidak tahu menjaga batas pergaulan.
Menurut gadis itu, dia tidak menyangka keterujaan untuk berjumpa dengan ibu kekasihnya bertukar mimpi ngeri.
“Teruja nak jumpa bakal mak mentua pertama kali, sekali macam ni jadinya. Bukan nak buka aib, cuma peringatan kepada perempuan di luar sana. Korang nilai sendiri,” katanya.
Difahamkan pada ketika itu gadis tersebut ditemani seorang rakan perempuan.
Berdasarkan rakaman di TikTok yang hingga kini meraih lebih 1.7 juta tontonan, kedengaran rakan kepada gadis tersebut cuba mencelah bagi menerangkan kepada si ibu tentang mengapa mereka masih berada di luar rumah pada waktu berkenaan.
Dalam pasa itu menerusi hantaran berasingan di Instagram, gadis itu menceritakan dengan lebih lanjut tentang insiden berkenaan.
“Aku memang jenis lepak akan bawa sahabat ke mana je aku pergi. Masa tu mak dia tiba-tiba nak lepak sekali. Sepatutnya aku dah nak gerak balik, tapi aku tetap tunggu mak dia datang.
“Sampai je mak dia, okay senyum. Tup-tup macam ni jadinya. Aku memang bukan jenis melawan sebab hormat mak dia macam aku hormat mak aku,” katanya.
Jelasnya lagi, ibu kekasihnya turut mempersoalkan sama ada dia sering keluar bersama anaknya.
“Sebab mak dia dapat kesan anak dia selalu balik lewat sampai pukul dua, empat pagi dan mungkin disebabkan melepak dengan aku,” ujarnya.
Susulan itu, dia tampil menjelaskan bahawa dia bukan perempuan murahan.
“Ingat aku perempuan murah ke? Aku bukan jenis melepak tak tentu hala. Kalau aku lepak pun memang urusan kerja je,” tegasnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berpandangan bahawa awal pagi bukan waktu yang sesuai untuk berjumpa bakal ibu mentua, apatah lagi untuk mendapatkan tanggapan pertama (first impression) yang baik.
“Pukul dua, tiga pagi jumpa bakal mak mentua memang red flag la.
“Sekarang ni BF dia salah timing bawa pergi jumpa dua, tiga pagi. Macam tak ada hari esok.
“Pengajarannya nak jumpa bakal mentua, jangan pagi-pagi buta kecuali kecemasan. Nanti jadilah macam sis ni.
“Mak BF pun red flag sebab jenis cakap lepas. Jika awak jadi kahwin, saya pasti awak banyak isu dengan mak dia nanti,” demikian antara komen netizen.
Dihujani kritikan ramai, gadis itu kemudian mengakui dan menyedari kesilapannya sambil menambah enggan menyalahkan kekasihnya kerana tidak menyebelahinya ketika itu.
“Ye salah saya... dia sayang sangat dengan mak dia,” ujarnya ringkas. -CARI
Sumbr: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak komen
macik tu, budak ni dgn pakwe dia helok dilagakan kepala sekali |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya la kena bahasa dengan bakal mertua..
pukul 2 3 pagi dok kat luar lagi..
and patutnya kau lawan dan tu jugak..
bahasakan anak dia sekali jangan dok tengok anak orang je.. |
|
|
|
|
|
|
|
patut jawab xpayah risau pasal hantaran makcik, saya pon x ingin kawen dgn anak makcik, sambil libas selendang ke muka makcik tersbut... |
|
|
|
|
|
|
|
anak ko pun bebal makcik, mcm takde timing yg sesuai nak bawak jumpa kan, elok sangat perangai anak jantan ko kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak mertua red flag ni bole la angkat kaki cyst |
|
|
|
|
|
|
|
makcik pun pkl 2 3 pagi sebok nak jmpa gf anak. makcik pun macam bosia laa camtuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mak mertua Dari nerakazen ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isseliparjepun at 30-11-2023 11:28 AM
Yang budak perempuan tu obviously melepak sampai 2 3 4 pagi, bukan sekali dua. Dengan budak laki tu pun sama naik 2x5, sekufu la tu. Lepak 2 3 4 pagi bincang pasal kerja ke dek? Tunggu dah kahwin (walaupun bukan dengan pasangan yang sama), suami kamu balik 2 3 4 pagi, you loose your chill or not. Same goes to the boy, boleh chill tak tengok isteri balik rumah jam 3 4 pagi?
Belum kawen bole la sembang. |
|
|
|
|
|
|
|
jumpa bakal MIL 2,3 pagi mmg dah x kena...
tp mulut bakal MIL tu boleh tahan...cari MIL baru jek la...
bersepah lagi lelaki lain....
BF dia pun xde defend GFnya...esok2 dah kawen....apa mak ckp semua iyakan aje..hujung2 wife makan hati....
|
|
|
|
|
|
|
|
elok la mak tu bebel, bebel sekali dengan anak dia. keluar 2-3 pagi bawak anak perempuan orang. tang adab pompuan tu, boleh la dia sound. anak dia nape tak sound sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
bakal MIL keja 2nd shift ka ?
lewat pagi baru ada masa nk jumpa bakal menantu
kalu aku pun skeptical pompuan ada kat luar awal pagi wpon dgn anak sdri
|
|
|
|
|
|
|
|
..of course la iols sebagai bakal ibu mertua kibar red flag cos uols datang dan telah ganggu schedule iols dengan bakal bapa mertua uols tunaikan nafkah batin weols pada hari kejadian tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
kau blah je dik..belum kawin pun mak mertua dah bnyk bunyik..sok dah kawin ko silap sikit mesti berguni dia mengata ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
helok la tu, budak pompuan tu, bf dia, makcik tu boleh lepak mapler sampai subuh tiap2 hari..dah sekufu la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Erkkk. Toxic gila mak bf anon ni.
Aku first time jumpa MIL pun around 1AM masa tu baru balik dating. (Nengok wayang ler apa lagi) Husband (masa tu boipren) cakap mak nak jmpa la. Jom singgah. I ols ikut je la. Sampai je rumah, tgk mak dia kat dapur tgh buat air. Siap peluk cium I ols lg. Siap kejut anak2 yg lain, adik2 teruja bakal kak ipar singgah kejap. Helok je hantaran aku tak berkurang malah ditambah lagi 1k. |
|
|
|
|
|
|
|
Awat nk slhkan mak laki tu? Yg salah kat sini jantan hauk tu. bodo piang x suruh awek dia balik dlu. Jantan bodoh mcm ni elakkan buat laki.
I dah penah kena. Bkn pg2, mak dia balik keje, jemput mak bawa aku. Tlg la, 1st impression ko kena inform dlu mak / bapak. Bkn main terjah mcm ni. Kesimpulannya aku bsyukur xkahwin dgn jantan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku laki bini keje jugak dek.. tp takde laa lepak luar buat keje 2-3 pagi |
|
|
|
|
|
|
|
swateng1 replied at 29-11-2023 04:27 PM
makcik pun pkl 2 3 pagi sebok nak jmpa gf anak. makcik pun macam bosia laa camtuhh
Makcik ni ada penyakit insomnia kot. Takpun baru lepas bertahajud. Bersangka baik.
Paling2 ko cabut lari jelah. Xpayah kawen dgn family camni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Angkat kaki je la dik..kemain dia sound kau, anak dia yang melepak sama ngan kau tak pa pulak..ni belum pape dia dah perli2..kau tunggu lepas kawin, lagi seguni dia hamput kau |
|
|
|
|
|
|
| |
|