CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6533|Reply: 1

Waris tanggung cukai si mati, keputusan tahun depan

[Copy link]
Post time 5-12-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Waris tanggung cukai si mati, keputusan tahun depan

Hukum tuntutan cukai LHDN akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. - Foto BH


KUALA LUMPUR: Hukum waris wajib membayar tunggakan cukai pendapatan membabitkan ahli keluarga yang meninggal dunia akan dimuktamadkan tahun depan.

Keputusan akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata keputusan akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

"Saya ingin maklumkan, Jawatankuasa MKI telah bersidang pada Oktober lalu. Keputusan (mengenai hukum sama ada waris wajib bayar tunggakan cukai) sudah ada. Cuma prosesnya, keputusan berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor pada Februari 2024.

"Selepas daripada itu, jika sudah ada keputusan MKI, ia akan dibawa pula ke Majlis Raja-Raja untuk perkenan Raja-Raja Melayu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Transformasi dan Perubahan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPeIM, Datuk Dr Mohd Radzif Mohd Yunus dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Pada 11 Mei lalu, BH yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, melaporkan waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati, termasuk pengurusan cukai pendapatan.

Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.

Sebaliknya, surat rasmi akan dihantar kepada wakil sah atau pentadbir harta pusaka si mati bagi menuntut mereka melunaskan tunggakan cukai pendapatan yang hanya akan dihapus kira selepas suatu tempoh apabila semua prosedur berkenaan dilaksanakan.

Sementara itu, Mohd Na'im, ketika ditanya perkembangan sama ada lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi sudah dipanggil JAKIM, memaklumkan sehingga kini individu berkenaan masih gagal dikesan.

"Saya tak tahu dia ni Imam Mahdi jenis (macam mana). Boleh pula menyorok. Setakat ini, (lelaki berkenaan) masih belum dijumpai lagi.

"Sehubungan itu, langkah seterusnya adalah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mencari individu terbabit," katanya yang turut memberitahu tidak dapat mengesahkan sama ada individu itu berada di luar negara, memandangkan usaha mengesan ahli keluarganya turut gagal.

Baru-baru ini tular mengenai tangkap layar pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Adha yang mendakwa dirinya Imam Mahdi yang dilantik Allah SWT.

Mohd Na'im yang turut ditanya sama ada Majlis Fatwa Kebangsaan bakal mempertimbang bagi penyelarasan ke semua negeri membabitkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Terengganu yang memutuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat dan bercanggah dengan akidah.

"Saya fikir apa saja isu berkaitan kefatwaan, kalau berlaku di satu negeri yang membabitkan doktrin atau pengajaran yang kita anggap sebagai sesat, kita akan cuba selaraskan.

"Mengenai perkara ini, saya akan bincangkan dengan pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan juga JAKIM untuk diselaraskan. Cuma, setakat hari ini, nasihat saya, disebabkan Jawatankuasa Fatwa Terengganu sudah keluarkan fatwa dan ia telah diwartakan, maka ia wajib kepada seluruh mereka yang berada di Terengganu untuk patuhi fatwa terbabit," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... putusan-tahun-depan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 02:57 AM | Show all posts
bagaimana respon masyarakat Hukum tuntutan cukai LHDN?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054524 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list