View: 3353|Reply: 11
|
Goda Isteri Orang Tetap Boleh Didakwa Di Bawah Undang-Undang Syariah Negeri-Negeri
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Walaupun peruntukan di Mahkamah Persekutuan sudah tidak boleh diguna pakai, lelaki yang menggoda isteri orang masih boleh didakwa di bawah undang-undang syariah negeri-negeri.
Di bawah undang-undang syariah, masih kekal terdapat peruntukan hampir sama bagi kesalahan lelaki yang menggoda isteri orang.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, di bawah Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, mana-mana lelaki boleh didakwa di atas kesalahan memujuk lari wanita bersuami.
Gambar Hiasan
“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
“Keputusan semalam adalah untuk kesalahan di bawah kanun keseksaan. Di bawah undang-undang syariah, masih kekal bagi kesalahan hampir sama,” katanya kepada Kosmo!.
Beliau menjelaskan, peruntukan yang sama juga terdapat di dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri.
“Aduan hendaklah dibuat ke bahagian penguatkuasaan jabatan agama Islam untuk disiasat sebelum ia dibawa ke mahkamah syariah untuk didakwa.
“Walau sekalipun tiada sebarang undang-undang, masyarakat harus sedar bahawa perbuatan menggoda atau memujuk lari isteri orang adalah perbuatan yang tidak bermoral dan amalan masyarakat jahiliah,” jelasnya.
Kelmarin Kosmo! melaporkan, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 498 Kanun Keseksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.
Ads by Kiosked
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat apabila mengisytiharkan seksyen itu tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan jantina. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman iols keje dulu, ramai je isteri dan suami org berskandal. Yg si suami, bila dibgtau isterinya berskandal, sanggup lg mempertahankan isterinya tu. Ada yg kata, 'isteri saya dah bersumpah demi Allah tak buat'. Ha2x! Bersedialah sang bini mcmana kau nk jwb di depan Allah kelak. Beraninya permainkan nama Allah semata2 nk lepaskan diri. Si suami, kau pula dayus percaya bulat kt isteri penipu tu! Aduhai dunia ku.. Semakin menakutkan! |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yg suka goda isteri org ni antara lelaki yg dikategori sebagai kasta rendah..lelaki yg haprak dan bukan gentlemen...
lelaki yg benar2 gentlemen akan kawin 4 dgn semua anak dara atau janda
taking someone's wife is like an alley dog...kalau wife tu gatai plak, is like a bitch |
|
|
|
|
|
|
|
Goda laki org takpe pulek..wekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti defend loyer kat mahkamah shariah tetap akan raise isu unconstitutional juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak samarata, buatlah supaya dua2 belah kena.. bknnya dua2 terlepaih.. apa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mcm ni (perempuan sondol laki orang ) boleh kene dakwa mana2 akta jugak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik gode somi orang tak kene ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|