CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12976|Reply: 6

Tiktoker Dikecam Ajar Lelaki Untuk Berlaku Curang, Cari Wanita Kaya Untuk Dapat Duit

[Copy link]
Post time 22-12-2023 09:39 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK –  Seorang pesohor TikTok di Thailand mengundang kecaman pengguna media sosial selepas berkongsi tips untuk berlaku curang dengan pasangan masing-masing serta mempergunakan mereka bagi mendapatkan wang dan manfaat lain.


Thaiger melaporkan, lelaki dikenali sebagai Tee itu kerap  memuat naik video memaparkan dia berkongsi  pelbagai panduan untuk menggoda wanita termasuk cara-cara memenangi hati wanita serta bercinta bagaikan seorang pakar.


Namun, salah satu videonya baru-baru ini mengundang kecaman netizen selepas dia dikatakan menggalakkan orang ramai untuk berlaku curang terhadap pasangan mereka.




Foto: Tiktok




“Kita boleh mendapatkan wang daripada wanita kaya untuk membina keluarga dengan wanita lain, ia tidak salah sama sekali.


“Wanita yang memberikan anda duit itu sanggup berbuat demikian. Ini bermaksud kita mendapat sesuatu daripadanya, dan dia juga memperoleh sesuatu daripada kita.


“Wanita yang tidak cantik sanggup menggunakan wang untuk mendapatkan lelaki,” katanya.


Dalam video lain, Tee mencadangkan supaya lelaki memilih wanita yang tidak cantik dan tidak mempunyai keyakinan diri sebagai pasangan agar ia boleh dijadikan alasan untuk mereka berlaku curang.


Tee selain itu turut menawarkan ‘kursus’ dan sesi rundingan berbayar kepada pengikutnya termasuk lelaki dan wanita masing-masing pada harga 4,500 baht (RM600) serta 5,900 baht (RM786).


Video tersebut bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen dengan pelbagai komen diberikan.


“Hidup anda akan musnah jika mendengar saranannya,” kata seorang netizen.


“Terima kasih kerana berkongsikan kisah keluarga anda,” kata seorang lagi  netizen secara sindiran. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat tak tunjuk teruih rupa mamat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:46 AM | Show all posts
lelaki sampah memang ada, sama juga dgn wanita sampah

bohsia dan bohjan are made for each other
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 10:57 AM | Show all posts
“Wanita yang memberikan anda duit itu sanggup berbuat demikian. Ini bermaksud kita mendapat sesuatu daripadanya, dan dia juga memperoleh sesuatu daripada kita."
seumpama pelacur lelaki AKA gigolo
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2024 07:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.278987 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list