View: 11134|Reply: 1
|
Pelakon Hidup Melarat Selepas Cerai, Anak-Anak Pula Sekat Nombor Di Whatsapp
[Copy link]
|
|
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, hidup pelakon Indonesia Fahmi Bo kini terus melarat selepas dia sah bercerai dengan isterinya sejak September lalu.
Bukan hanya tinggal dalam sebuah rumah sewa yang kecil malah Fahmi, 50, juga terpaksa menahan lapar kerana tidak mampu membeli makanan.
"Setiap hari saya hanya duduk di rumah sahaja. Jika ada makanan saya akan makan, jika tidak saya tahan lapar. Kalau terlalu mendesak saya akan minta bantuan.
"ernah juga saya tidak makan selama dua hari. Saya kuat tahan lapar," katanya.
Kisah sedih pelakon sinetron Tukang Ojek Pengkolan ini juga pernah mendapat perhatian aktres Nikita Mirzani yang prihatin menghulurkan bantuan pada awal Disember lalu.
Fahmi tidak lagi aktif dalam bidang lakonan selepas diserang penyakit angin ahmar pada 2018.
Dia dan bekas isterinya iaitu Nita sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua tahun lalu sebelum mereka sah bercerai.
Lebih memilukan lagi dua orang anak lelaki Fahmi juga seakan tidak ambil peduli nasib bapanya itu yang kini hidup susah.
"Saya berjumpa mereka (anak-anak) ketika majlis perkahwinan anak sulung pada Jun lalu tetapi ketika itu saya tidak dianggap seperti bapa, saya hadir hanya sebagai tetamu.
"Saya juga bertanya kepada anak bongsu kenapa menyekat saya di WhatsApp namun dia tidak menjawab," ceritanya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laa ingatkan di Malaysia rupanya di tanah seberang jahh.. ekekek
|
|
|
|
|
|
|
| |
|