CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28499|Reply: 71

[Tempatan] Lupakan Hatyai, Kelantan pun apa kurangnya?

[Copy link]
Post time 3-1-2024 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 4-1-2024 03:49 AM

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menyasarkan seramai 10 juta pelancong domestik dan luar negara berkunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor, berkata, jumlah itu mampu dicapai menerusi lebih pelbagai program yang sudah dirancang dan disusun sepanjang tahun ini.

“Kita boleh membuat pelbagai angka (sasaran ), namun yang lebih realistik adalah 10 juta pengunjung termasuk domestik dan luar negara.

“Sasaran itu mampu dicapai sekiranya tiada halangan seperti wabak penyakit atau perkara-perkara lain yang boleh membantu industri pelancongan negeri,”katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Warisan Ulama Nusantara Pasir Tumboh, di sini hari ini.

Kamarudin memberitahu, kerajaan negeri sedang merangka pertemuan dengan pemain industri pelancongan bagi melihat perancangan untuk jangka masa panjang.

Katanya, kajian lebih mendalam perlu dilakukan termasuk melihat kepada faktor setempat seperti sektor pelancongan di Thailand yang kini semakin mendapat sambutan.

“Di Thailand misalnya, pihak yang terlibat dalam sektor pelancongan di sana seperti hotel, restoran selain tempat pelancongan mengambil pendekatan jangka panjang dan tidak mengambil keuntungan segera.

“Hal ini baik untuk industri pelancongan dalam jangka masa panjang dan untuk itu kita perlu membuat kajian yang lebih teliti berkaitan perkara tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh byk kurangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk btul tahun ni
Tahun melawat perlis
Tahun melawat kelantam.
Tahun melawat melaka

Ujung2 org pg siam main air songkhran
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 07:19 AM | Show all posts
bahahahahahahahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je balik kampung suami aku kat kelate sana tapi ada beberapa perkara yang aku x selesa
1. Air.. pressure rendah kat area kampung laki aku. Pastu selalunya yg ada eczema akan flare teruk lepas balik kampung
2. In between rumah jalan sempit nakmatei
3. Yang paling glaring lagi sampah. Kadang2 nampak melimpah ruah dari tong depan rumah/tepi jalan.  xde jadual kutipan sampah ke
4. Gulai manis

Tapi aku rasa dalam banyak2 negeri, kelantan paling banyak pilihan ulam-ulaman. Sedap ooo
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelantam???? Jijikkkkkssss
Nak buat tahun melawat kelantan, so mslh air dh setel ke blom? Aku pernah baca ada kfc outlet smpi kene katup x bleh operate sbb takde air.
Mslh sampah sarap dh setel? Nanti tourist kene hadap lak sampah sarap merata2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2024 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
X boleh duduk berdua duaan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat nak merasa makan di gerai-gerai tepi jalan, boleh la datang kelantan. Sebab itu sahajalah cara rakyat biasa berniaga. Bab lain tiada apa nak dibanggakan.

Problem besar adalah infrastruktur jalanraya. Betapa seksanya nak pergi ke sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 07:57 AM | Show all posts
klu semua pakat g kelantan jem wei..jln masih takuk lama
pastu pantai2 kena bersih dan sedia byk kemudahan lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau org² china yg pegi melawat kelate, mau penuh taik tepi² jalan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pntai kotor.. pasar pn kotor.. ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 4-1-2024 07:19 AM
Aku suka je balik kampung suami aku kat kelate sana tapi ada beberapa perkara yang aku x selesa
1. A ...

Adik ipar ai pergi kelantan,tgh yakk ai takde..
Ada disediakan tong air tapi mana cukup tuk 1 family.
Mmg serik nak dtg sana katanya baik pergi terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:29 AM | Show all posts
mandi lenjei..mandi lenjei
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang kebersihan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 4-1-2024 08:20 AM
Adik ipar ai pergi kelantan,tgh yakk ai takde..
Ada disediakan tong air tapi mana cukup tuk 1 ...

Kalau time raya memang selalu la ada masalah air. Sampai satu tahap tu kitorang beli sorang satu air mineral 10 litre sebab xde air. Biasanya bila balik kelantan memang akan sambung holiday ke ganu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
I suka g kb.bru ni pegi KB. Tp silap pilih homestay..homestay.tu cantik..tp jln nk msuk..ya rabbi..sempit gile. Suka g KST ikan bakar.
Thn lps g tok bali..agak mengecewakan..kotor ya amat pantainya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 08:58 AM | Show all posts
Tak la teruk sangat other than issue kebersihan. I tak pernah lagi experience issue air, hotel I stay elok je takde masalah air. Makanan sedap and murah. Tapi takde la tempat2 menarik nak pergi. I kalau gi Kelantan memang untuk makan2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:24 AM | Show all posts
Tak boleh kawin..no happy ending
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak bezanya. Kat Hatyai harga makan semua besar gedabak. Kat luar kedai dah letak harga Urut Thai. Harga Tuk-Tuk pun standard 200 baht/tuk tuk. Takda tipu tipu pelancong.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia kuat menipu.

Kalau Thailand kurang menipu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.307521 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list