View: 18285|Reply: 59
|
Fauziah Nawi Hanya Dedah Kebenaran, Simpan Rahsia Identiti Penyampai Radio Dapat Gaji Tinggi – ‘Tak Mengapa Tak Nak Percaya’
[Copy link]
|
|
Pelakon senior, Datuk Fauziah Nawi menafikan dia mempunyai niat untuk membongkar tangga gaji yang ditawarkan kepada kebanyakkan penyampai radio tanah air.
Menerusi sesi temu bual bersama Melodi, Fauziah berkata terpulang kepada orang ramai untuk mempercayai atau tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.
Saya bercakap seperti itu kerana ramai kawan-kawan saya yang bekerja sebagai penyampai radio mempunyai gaji yang banyak.
RM20,000 ada, RM40,000 ada dan bahkan betul ada yang terima gaji sebanyak RM150,000 tetapi saya tak bolehlah maklumkan siapa yang dapat gaji setinggi itu.
Tapi tidaklah semua orang yang terima gaji setinggi itu tapi bila saya keluarkan kenyataan itu orang tak percaya. Pada saya tak mengapalah mereka tak nak percaya sebab saya tak ada niat apa-apa pun.
Cuma memang ada penyampai radio yang dapat gaji setinggi itu.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Ketupat Terakhir’ itu menjelaskan bahawa dia juga pernah menerima gaji yang tinggi ketika menjadi penyampai radio satu ketika dahulu.
Tambah Fauziah, kebanyakkan penyampai radio yang menerima gaji yang tinggi datangnya daripada stesen radio swasta dan bukannya radio di bawah kelolaan kerajaan.
Tapi kena tanya saya yang tawarkan gaji tinggi tu stesen radio mana? Radio swasta semuanya dan bukannya radio kerajaan sebab stesen radio kerajaan mengikut tangga gaji yang telah ditetapkan.
Saya dulu pernah menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio swasta yang hanya memperuntukkan saya untuk bersiaran selama satu jam sahaja pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Dan ketika itu gaji saya dalam Rm4,000 atau RM5,000 sebulan. Jadi, hairan kah kalau stesen radio swasta menawarkan gaji yang tinggi ini?
Namun ingin saya tegaskan bukan semua penyampai radio yang ditawarkan dengan gaji setinggi itu.
Terdahulu, topik mengenai gaji penyampai radio yang didakwa mencecah puluhan ribu malahan ratusan ribu ringgit telah menjadi bualan hangat netizen selepas tularnya komen Fauziah mengenai isu tersebut di media sosial.
Topik itu turut mendapat perhatian para penyampai radio popular seperti Linda Onn dan Haiza yang mendedahkan gaji mereka tidak melebih puluhan mahupun ratusan ribu ringgit.
Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali turut memberikan pendapatnya dengan mengatakan bahawa tidak hairan sekiranya ada penyampai radio yang ditawarkan dengan gaji sebanyak ratusan ribu ringgit kerana berkemungkinan mereka berjaya menarik minat pelanggan untuk mengiklankan produk jenama mereka di segmen yang dikendalikan.
Sumber: TikTok
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
siapakah ituuuuuuuuu
cubaaaa tekaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
150k tu iols tak caya...
stesen media prima/the star/astro semua untung tahunan paling2 puluh juta jah... bahagi lagi operation radio? aja gila nak gajikan dj 150k.. ceo coo tu semua bayar pakai daun? unless 150k adalah annual salary + bonus...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada btol kot sbb smlm tgk live vivy gay tu..dia kata gaji dia dlu dkt suria rm16,+++..lupa exact amount..dia kata dia yg tak popular mna pn gaji besar gtu..apa lgi yg popular..lgpun mak cik nie kan org industri jgk..takkn dia nak tipu..mgkin dah + dgn bonus.. |
|
|
|
|
|
|
|
pembacagosip replied at 22-1-2024 04:09 PM
siapakah ituuuuuuuuu
cubaaaa tekaaaaa
Johan jep
Saleh yaacob dlu pon tnggi
Sbb tu kwen bykkkk |
|
|
|
|
|
|
|
X masalahnye awat nenek bitter sgt ni??. Dah2 la tu. Rezeki masing2 la kan walaupun aku x minat dj2 skang tp bab rezeki bukanlah hak kita nk bitter2 dgn rezeki org. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni berebut2 retis mintak job dj..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 23-1-2024 02:55 PM
minahgempal replied at 22-1-2024 06:32 PM
Ada btol kot sbb smlm tgk live vivy gay tu..dia kata gaji dia dlu dkt suria rm16,+++..lupa exact amo ...
Dia pondan. Diri sendiri pun dia tak sure dia lelaki atau perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
kierakirana replied at 22-1-2024 06:54 PM
X masalahnye awat nenek bitter sgt ni??. Dah2 la tu. Rezeki masing2 la kan walaupun aku x minat dj2 ...
Dia ni masa pkp pun perasan penting siap pi istana nak jumpa jagong. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 23-1-2024 08:28 AM
Dia ni masa pkp pun perasan penting siap pi istana nak jumpa jagong.
Mehhh..nenek x leh chill2 gaknye..semua hal nak kena busybody |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nya pyampai era..sbb dlu2 masa zaman era mendonia, mmg ada dj dia gaji 6angka....zaman3 linda on, halim osman..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku speku radio berbahasa inggeris atau bahasa cina |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe not just basic salary alone. Ada additional from endorsements, voice over jobs, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek pojiah ni negative toxic vibes bebenor..
Menantu dia farahhhh muka baik penyabar.. sabor jer lah layan kerenah mertua camni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa dia yang sibuk sibuk nak mention gaji orang berapa? |
|
|
|
|
|
|
|
I percaya je cakap tokfauziah ni.. Rasanya she mention yg dulu2 punya dj.. I speku toknil or johan.. Toknil masa kat era mmg popular i selalu dgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
150 ribu per year kot bukan per month |
|
|
|
|
|
|
| |
|