View: 13527|Reply: 0
|
Marquez masih mencari rentak bersama Ducati
[Copy link]
|
|
MARQUEZ belum dapat menyesuaikan diri dengan Ducati. -FOTO AFP
London: Marc Marquez menggambarkan bagaimana dia masih lagi bergelut untuk menyesuaikan diri dengan Gresini Ducati.
Perpindahan daripada Repsol Honda ke Gresini Ducati bermakna dia menukar salah satu gergasi MotoGP kepada salah satu pasukan yang lebih kecil.
Dia bukan semata-mata perlu menyesuaikan diri dengan motosikal baharu malah dengan keseluruhan kakitangan belakang tabir baharu.
Marquez ditanya sama ada cara kerja Jepun berbeza dengan cara Itali.
Dia menjawab: "Ia lebih daripada bahasa Itali atau Jepun. Ia kilang atau tiada kilang.
"Anda perlu memahami cara menunggang, untuk fokus. Anda perlu beri komen yang tepat kerana ia penting untuk pembangunan jentera.
"Sekarang, saya berada dalam situasi lain. Saya menunggang, lebih menumpukan pada pembelajaran cara menunggang motosikal.
"Dengan juruteknik, mekanik, maklumat tidak dihubungkan dengan cara yang sama.
"Sebab saya sudah bekerja dengan pasukan lain selama 12 tahun.
"Honda ialah Honda. Ia adalah HRC. Penghormatan yang besar kepada mereka."
Dia menggambarkan menukar Repsol Honda untuk Gresini Ducati: "Budaya Jepun dan kilang pengeluar. Ini adalah pasukan persendirian, pasukan yang biasa dengan budaya Itali.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntak-bersama-ducati |
|
|
|
|
|
|
| |
|