View: 9447|Reply: 0
|
Devynne catat rekod dunia 60m lari berpagar
[Copy link]
|
|
DEVYNNE memecahkan rekod lama milik Susanna Kallur dari Sweden pada 2008. -FOTO AFP
New York: Devynne Charlton mencipta rekod dunia 60 meter lari berpagar wanita dan Josh Kerr dari Britain mencipta rekod dunia baru dalam acara dua batu lelaki (3218.69 meter) di kejohanan Olahraga dalam dewan Millrose ke-116.
Devynne juara dunia dalam dewan pada 2022 dari Bahamas, memenangi acara itu dengan catatan 7.67 saat, mengatasi rekod lama 7.68s yang dilakukan oleh Susanna Kallur dari Sweden pada 2008 di Karlsruhe, Jerman.
"Saya tahu saya boleh lakukan itu tetapi ia memerlukan banyak masa untuk melakukannya," kata Devynne.
"Saya berasa baik dalam keadaan baik ketika melakukan persediaan saya sehingga hari ini. Saya dapat yang apa yang perlukan di permulaan.
"Saya hanya meneruskannya. Saya tidak boleh mengatakan ia lebih daripada itu."
Devynne, 28, 0.12s mengatasi pelari di tempat kedua dari Jamaica, Danielle Williams, yang memenangi gelaran dunia 100m tahun lalu dengan Tia Jones dari Amerika ketiga.
Berlari di lapangan berkelas dunia, Charlton menjadikan dirinya wanita yang perlu ditewaskan dalam Kejohanan Balapan dan Padang Dunia Dalam Dewan bulan depan di Glasgow.
"Saya tahu saya boleh lakukan lagi di sana," kata Charlton mengenai rekodnya.
"Tetapi ini semua tentang melaksanakan perlumbaan dan melepasi garisan terlebih dahulu. Ramai daripada pesaing saya mempunyai keupayaan untuk melakukannya."
Sementara itu Kerr meraih emas selepas merekodkan masa 8:00.67s memadamkan rekod lama 8:03.40s milik Mo Farah dari Britain pada 2015 di Birmingham, England.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-60m-lari-berpagar |
|
|
|
|
|
|
| |
|