|
JOSHUA (kiri) akan bertemu Ngannou di Arab Saudi bulan depan. FOTO AGENSI
London: Anthony Joshua diberi amaran supaya tidak melakukan kesilapan sama yang dilakukan Tyson Fury terhadap Francis Ngannou.
Joshua akan bertemu Ngannou yang juga bekas juara heavyweight UFC di Arab Saudi bulan depan.
Ngannou menggemparkan dunia Oktober lalu di Riyadh ketika bertemu Fury, apabila dia berjaya menjatuhkan lawannya itu sebelum tewas hanya menerusi kiraan mata.
Sepupu serta jurulatih Fury, Andy Lee memberi amaran kepada Joshua supaya tidak memandang rendah cabaran daripada Ngannou.
"Orang ramai pasti berminat menyaksikan perlawanan itu kerana Ngannou mempamerkan persembahan hebat ketika menentang Tyson.
"Ia adalah situasi yang bagus untuk Joshua kerana semua perkara yang tidak diketahui mengenai Ngannou, sudah terdedah ketika berdepan Tyson.
"Elemen kejutan Ngannou sudah tiada. Anda perlu menghormati Ngannou kerana jelas dia cukup bagus ketika bertinju.
"Dia seorang petinju yang bijak selain bersikap sabar dan anda boleh lihat juga dia mempunyai tumbukan yang kuat, jadi jangan ambil mudah cabaran daripadanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... amaran-untuk-joshua |
|
|
|
|
|
|
| |
|