View: 7892|Reply: 0
|
Skuad berbasikal negara sambar dua perak di ACC
[Copy link]
|
|
SKUAD lelaki dan wanita negara meraikan kejayaan di podium. FOTO IHSAN MSN
Kuala Lumpur: Skuad berbasikal trek negara memulakan kempen di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi dengan kejayaan meraih dua perak malam tadi.
Kemenangan itu disumbangkan oleh kedua-dua trio lelaki dan wanita yang mempamerkan rentak bertenaga untuk menghadiahkan kilauan pingat memperbaiki pencapaian pingat gangsa ketika beraksi di Velodrome Nasional Nilai tahun lalu.
Trio lelaki yang dibarisi Muhammad Ridhwan Shahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Umar Hasbullah mencatatkan masa catatan 44.607 saat (s) tewas kepada juara bertahan dari Jepun Yuta Obara, Kento Yamasaki dan Minato Nakaishi yang mempertahankan gelaran Asia dengan catatan 44.367s pada final.
Manakala barisan pelumba China meraih gangsa selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam penentuan tempat ketiga.
Pasukan wanita yang terdiri daripada Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Anis Amira Rosidi dan Nur Aliana Syafika Azizan mencatatkan 50.095s pada final, di belakang trio Zhou Fei, Tong Menggi, Wang Lijuan (48.178s), manakala Korea Selatan membawa pulang gangsa.
Bagi Pengarah Kejurulatihan Berbasikal Negara, John Beasley, beliau berbangga dengan pencapaian pelumba wanita negara yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan.
"Hari ini hari yang baik di ACC apabila barisan pelumba elit wanita negara meraih perak dan berada di belakang China.
"Manakala elit lelaki pula berada di tempat kedua tewas kepada Jepun. Kedua-dua trio negara itu berada di belakang dua kuasa besar Asia membuat saya boleh tersenyum gembira.
"Saya gembira dengan pencapaian kedua-dua trio negara dengan usaha mereka lakukan dan juga pasukan yang berada di belakang mereka.
"Mereka saling bekerjasama, berusaha keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Terima kasih semua, anda melakukan kerja yang baik," kata Bealsey.
Sementara itu, atlet berbasikal para juga beraksi cemerlang untuk meraih emas acara pecut berpasukan campuran C1-5.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ar-dua-perak-di-acc |
|
|
|
|
|
|
| |
|