CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6447|Reply: 16

[Tempatan] Cedera ditikam, lelaki berlumuran darah pandu 3km ke balai polis

  [Copy link]
Post time 2-3-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Cedera ditikam, lelaki berlumuran darah pandu 3km ke balai polis

https://www.freemalaysiatoday.co ... 3km-ke-balai-polis/

FMT Reporters - 01 Mar 2024, 10:00pm


Polis berkata mangsa mengalami kecederaan bahagian tangan, belakang badan serta bahu dan kini berada dalam keadaan stabil. (Gambar X)

Mangsa diserang tiga lelaki tidak dikenali menggunakan senjata tajam.

PETALING JAYA: Seorang lelaki terpaksa memandu sendiri sejauh tiga kilometer ke balai polis dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang lelaki bersenjata di Rawang, Isnin lalu.

Tindakan itu berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berusia 47 tahun itu apabila diberi rawatan segera di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 6.48 petang.

Mangsa berlumuran darah ketika datang membuat laporan di Balai Polis Bandar Country Homes, katanya.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika mangsa berada dalam kereta di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya diserang tiga lelaki tidak dikenali menggunakan senjata tajam sebelum mangsa melarikan diri ke balai polis,” katanya, lapor Harian Metro.

Mangsa terus diberi bantuan oleh polis sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Mangsa disahkan mengalami kecederaan bahagian tangan, belakang badan serta bahu akibat kejadian.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah, di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
okay, soalan. kalau cedera kena p hospital dulu ke pi balai dulu?
bukan ke pi hospital dulu pastu doc dah cek2 sume pastu panggil polis utk siasat?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dikejar si pelaku2. Lari lah ke balai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita diikut orang, call polis atau drive terus ke balai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:15 PM | Show all posts
apa ke jahat sgt manusia skg ni.  depa bunuh dengankejam.  celaka punya isrohelll
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
oh kena kejar..ptt dia p balai.
kalau p sepital dlu biasa pjht kejar sampai icu..dlm movie la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 3-3-2024 01:22 PM
oh kena kejar..ptt dia p balai.
kalau p sepital dlu biasa pjht kejar sampai icu..dlm movie la

Tapi geng berparang ni memang akan kejar sampai ke emergency kot.. nak harap pak guard hospital je mana mampu nak lawan..

Camtulah klo filem tamil.. sabit, parang mesti ada.. selain ikat kain sampai ke spender..

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 4-3-2024 11:16 AM
Tapi geng berparang ni memang akan kejar sampai ke emergency kot.. nak harap pak guard hospital je ...

ayat last tu pariappa sgt


***kes apa la main serang sampai berdarah2 bagai ni. dahsyat msia ke arah colombia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 11:53 AM | Show all posts
bahaya masyarakat skrg...sebab penguatkuasa korup, society dah jadi mcm anarki
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:56 AM | Show all posts
ezacbee replied at 4-3-2024 11:16 AM
Tapi geng berparang ni memang akan kejar sampai ke emergency kot.. nak harap pak guard hospital je ...

pak guard hospital ada senapang ke eh? Tak perasan pulak..
tapi biasanya dorang less equipped la compared to yg jaga bank ke apa kot kan..
kurang risiko agaknya..

so kira kalau masih diekori.. seeloknya terus ke balai terdekat.. itu kalau sempat la..

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 02:59 PM | Show all posts
motif apa ni? cemburu?along?.. hutang? kacau bini org/awek?

samun?

ehhhhhh..ngisau aku aihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 04:03 PM | Show all posts
ifanonline replied at 4-3-2024 11:53 AM
bahaya masyarakat skrg...sebab penguatkuasa korup, society dah jadi mcm anarki

takde nya berparang2 kalau kau sejenis yg aman. Kalau serang sampai berparang berani mati ni samada dadah/hutang/betina/judi dll. pendek kata mesti sb benda tak bermoral.
Takdanya kalau kau naik keta waja drive 70km/j pegi kuil nak wel wel tiba2 kena serang dgn parang. Mmg takda.




Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 04:23 PM | Show all posts
apech replied at 4-3-2024 04:03 PM
takde nya berparang2 kalau kau sejenis yg aman. Kalau serang sampai berparang berani mati ni samad ...

tak boleh ckp juga...kadang2 org mabuk, mental, etc tiba2 menyerang org awam, ape kau nak kata?

dunia skrg takleh predict, safety and security dah jadi semakin rapuh sebab penguatkuasaan korup

kalau undang2 ketat, tidak ada kejadian sebegini berlaku...ambil contoh Singapore
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 4-3-2024 09:33 PM

OT jap. Tertanya2 gak bila tengok design bumbung rata mcm ni. Takde meresap air jadi siling bocor ke bila hujan lebat?

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ke die kene samun ye? kot die jln lama batang berjuntai ke @ bestari jaya tu otw ke mana2 n kene samun... kesian die kalo cm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-3-2024 09:32 PM
OT jap. Tertanya2 gak bila tengok design bumbung rata mcm ni. Takde meresap air jadi siling bocor ke ...

kaka, kalo dtg ke sendayan n9 semua perumahan  yg tgh Naik sekarang nie semua pattern bumbung cm Gini...burok bona design bumbung sekarang nie, ghumah ghatus ribu, juta tp bumbung x cantik...aigooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 01:58 PM | Show all posts
Yang penting masih selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.074039 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list