View: 4395|Reply: 0
|
F1: Hamilton kagum kepantasan jentera
[Copy link]
|
|
HAMILTON gembira dengan potensi jenteranya ketika turun menjalani sesi latihan pertama GP Bahrain kelmarin. - AFP
SAKHIR, Bahrain – Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton teruja dengan kemampuan jentera Mercedes 2024 selepas mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama di Grand Prix (GP) Bahrain kelmarin.
Hamilton yang akan meninggalkan Mercedes untuk menyertai pasukan Ferrari tahun depan menegaskan jentera 2024 mempunyai banyak kekuatan yang perlu di terokainya.
Bagi Hamilton, keputusan tersebut merupakan petanda positif buat pasukannya sebelum memulakan perlumbaan pembuka tirai F1 di Litar Antarabangsa Bahrain esok.
“Ini satu kejutan dan saya dapat rasakan seperti memandu jentera perlumbaan buat kali pertama. Secara keseluruhan, saya gembira dengan jentera ini berbanding musim lalu.
“Berdasarkan sesi latihan ini, kami telah membuat beberapa peningkatan yang positif dan merupakan platform yang baik buat kami.
“Jadi, kami perlu bekerja keras dan terus mengejar untuk mendapatkan sebuah jentera yang berdaya saing,” katanya yang juga merupakan juara dunia tujuh kali.
Pada sesi tersebut, Hamilton menamatkan sesi latihan dengan catatan masa terbaik satu minit 30.374 saat (s) dan diikuti rakan sepasukannya, George Russell tempat kedua 1,30.580s dan Fernando Alonso dari Aston Martin tempat ketiga terpantas.
Pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen yang sekadar di tempat keenam terpantas dengan catatan masa satu minit 30.851s mengakui dia tidak bimbang dan yakin mereka mampu bangkit. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kepantasan-jentera/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|