CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16846|Reply: 13

[Tempatan] Kelantan bina 2 stesen minyak tanpa subsidi untuk warga asing

[Copy link]
Post time 2-3-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Kelantan bina 2 stesen minyak tanpa subsidi untuk warga asing

https://www.freemalaysiatoday.co ... -untuk-warga-asing/

Bernama - 02 Mar 2024, 8:21pm


Kewujudan dua stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan diharapkan dapat mengatasi isu warga asing berebut mengisi minyak di negeri itu, kata Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail.

Stesen di Rantau Panjang sedang dibina, manakala stesen di Jeli dalam proses penukaran sistem daripada bersubsidi kepada tidak bersubsidi, kata KPDN.

BACHOK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, ketika ini, stesen di Rantau Panjang sedang dibina, manakala stesen di Jeli dalam proses penukaran sistem iaitu daripada bersubsidi kepada tidak bersubsidi, selain menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

“Sebenarnya di negara kita, telah ada stesen minyak tidak bersubsidi iaitu di Padang Besar, Perlis,” katanya.

“Di Kelantan setakat ini dua buah stesen telah diluluskan iaitu di pekan Rantau Panjang dan di Jeli yang kini dalam proses untuk kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Cawangan Keempat Kedai Raja Perfume di Bandar Baru Jelawat hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, kewujudan dua stesen minyak tanpa subsidi itu diharap dapat mengatasi isu warga asing berebut mengisi minyak di mana-mana stesen di negeri ini, selain isu penyeludupan petrol atau diesel ke negara jiran.

Sementara itu, mengenai persiapan bazar Ramadan, beliau berkata, KPDN Kelantan akan sentiasa memantau harga jualan oleh peniaga di setiap tapak jualan.

“Selain itu, KPDN juga telah menyediakan tapak Bazar Ramadan Rahmah di Tunjong di sini,” katanya.

“Selain menu biasa, kita juga telah menyediakan 80 peniaga yang bersedia menjual menu Rahmah dengan harga lebih rendah,” katanya.

Menurutnya, KPDN menyediakan wang perbelanjaan sebanyak RM20 untuk 1,000 pengunjung pertama setiap hari selama enam hari di bazar itu.

“Wang berkenaan boleh dibelanjakan untuk pembelian di gerai-gerai yang menyediakan menu Rahmah,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang warga asing guna minyak tanpa subsidi ke?


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-3-2024 09:27 PM
Memang warga asing guna minyak tanpa subsidi ke?

Ya   
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 03:27 PM | Show all posts
Aku assume selepas ditarik sabsidi harga masih cheaper than Thailand la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt ke org telend nak isi minyak kat kedua2 stesen ni yg justify capex outlay dgn opex?

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 4-3-2024 01:35 AM
Banyak sgt ke org telend nak isi minyak kat kedua2 stesen ni yg justify capex outlay dgn opex?

Mungkin untuk bagi job kat kroni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2024 11:27 AM | Show all posts
bijak2, bila takde kete thailand, stesen pun tutup. berapa bijik sehari kena masuk baru balik modal?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:53 AM | Show all posts
Siapa punya idea?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm la org telen x boleh pegi ke stesen lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:48 PM | Show all posts
patut disemua pintu2 sempadan mmg dr dlu kena ada stesen minyak harga semasa.puak2 kete luar yg msk msia situ tmp dia isi minyak
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-3-2024 12:36 PM
Mcm la org telen x boleh pegi ke stesen lain.

Rakyat sendiri pun boleh salahguna privilege dan seludup minyak ke thailand. Kat kelantan tu banyak aktiviti seludup, daripada beras,minyak masak,hinggalah kepada seludup senjata api,dadah dan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jika kat sabah tu setakat isi minyak dlm tong perkara biasa
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:15 AM | Show all posts
mintak2 kerajaan berani tarik subsidi minyak... cuma kena pikir kaedah terbaik nak bagi harga subsidi kat rakyat tempatan je la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal tak buat kat jb? Ada beran?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.074689 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list