CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5784|Reply: 5

[Tempatan] Rafizi Ramli belum hubungi saya lagi, kata Lim Sian See. #4, Rafizi Ramli: Lim Sian See ingat dia orang paling penting di dunia

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-3-2024 06:40 AM

Rafizi belum hubungi saya lagi, kata Lim Sian See

https://www.freemalaysiatoday.co ... -kata-lim-sian-see/

FMT Reporters - 05 Mar 2024, 10:30am


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini berkata beliau mahu mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini. (Gambar Bernama)

Pempengaruh media sosial itu berharap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menjemput beliau untuk sesi eksklusif audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ sebelum Ramadan ini.

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Lim Sian See masih belum dihubungi wakil Rafizi Ramli untuk mengaturkan kemunculannya dalam program audio siar menteri ekonomi itu.

“Kenapa lama sangat? Banyak perkara yang saya mahu bincangkan dengan beliau secara bersemuka dan saya jamin ramai akan mendapati sesi secara langsung itu sangat menarik,” katanya kepada FMT semalam.

Pada 19 Feb lalu, Rafizi berkata beliau mahu menjemput Lim, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil menjadi tetamu audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ bagi mendengar idea membantu negara dari sudut ekonomi.

Rafizi juga berkata beliau mahu mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata beliau akan mendapat maklum balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga presiden Umno terlebih dahulu sebelum menjemput mereka.

Lim kemudiannya segera menerima cabaran itu dan meminta sesi “one vs one” (eksklusif) dengan Rafizi.

Namun, Lim memberitahu FMT semalam, beliau masih belum dihubungi oleh wakil Rafizi walaupun sudah dua minggu berlalu.

Katanya, Rafizi sepatutnya tiasa isu untuk sesi secara bersemuka kerana menteri itu hadir di Kongres Ekonomi Bumiputera baru-baru ini.

Lim juga berharap Rafizi akan mengotakan janjinya, dan menambah masa terbaik untuk sesi bual bicara itu diadakan adalah sebelum Ramadan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 12:28 PM | Show all posts
diorg suka debat time jadi pembangkang ja
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sotong ni mana berani. Dulu ramai percaya formula dia ni, sekarang, abuk pun tarak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2024 02:39 PM | Show all posts
Rafizi: Lim Sian See ingat dia orang paling penting di dunia

https://www.malaysiakini.com/news/698264

Diterbitkan:  Mar 5, 2024 1:03 PM⋅
Dikemaskini: 1:03 PM



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli membidas pempengaruh media sosial Lim Sean See yang mempersoalkan mengapa Rafizi 'bertangguh' dalam menetapkan pertemuan podcast antara mereka.

"Lim Sian See ni ada sedikit entitlement. (Dia ingat) dialah manusia paling penting dalam dunia ni, sebab dia orang penting kem Najib (Razak) dulu.

"Saya baru dua minggu spinal operation pun tak penting, asal kena layan dia sebab dialah orang paling penting dalam dunia ni,” sindir Rafizi dalam catatan di platform media sosial X.

Lim Sean See dipercayai nama samaran yang digunakan di media sosial oleh individu yang merupakan sebahagian daripada komunikasi strategik BN ketika Najib menjadi perdana menteri menjelang pilihan raya umum 2018.

"MC (cuti sakit) saya selepas spinal operation sehingga 1 Mac. Minggu ni banyak benda nak catch up. Minggu depan dah Ramadan - waktu malam orang solat terawih, bukan berpodcast dengan Lim Sean See.

"Tunggulah lepas Ramadan, dan lepas urusan-urusan lain yang lebih mendesak," tambah Rafizi.

Timbalan presiden PKR itu mengulas laporan FreeMalaysiaToday yang memetik Lim berkata dia masih menunggu kem Rafizi mengatur penampilannya di podcast menteri ekonomi itu.

Pada 19 Feb, Rafizi berkata bahawa dia bersedia untuk berdepan dengan wakil bekas perdana menteri Najib dalam podcast "Yang Bakar Menteri" (YBM).

Rafizi berkata dia juga bersedia untuk mendedahkan identiti propagandis utama Najib.

Bagaimanapun, Rafizi berkata dia perlu mendapatkan pandangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu sebelum meneruskan idea itu.

“Saya terbuka untuk bertemu dengan mereka (kem Najib) secara bersemuka di podcast selepas saya menerima maklum balas daripada Anwar dan Zahid. Saya menghormati pandangan mereka (PM dan TPM) demi menjaga integriti kerajaan Madani.

“Jika mereka (Anwar dan Zahid) tidak ada sebarang bantahan, saya berbesar hati untuk mendedahkan wajah sebenar watak yang menjalankan kempen propaganda mempertahankan 1MDB selama ini, yang berselindung di sebalik nama Lim Sian See,” katanya.

Menjawab kenyataan Rafizi, Lim berkata bahawa tidak ada keperluan untuk Rafizi mendapatkan persetujuan Anwar dan Zahid sebelum bertukar pendapat dengannya

“Saya bukan ahli Umno atau BN,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 04:36 PM | Show all posts
sombong mcm apa nada kau badut formula woiii.  ni je tahap kau kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ko perlekeh wak jahit, skrg mintak izin plk ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047672 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list