"Pada pendapat Sajat lah ya bila sudah selalu sangat macam ini, nampak lain dah.
"Setiap kali Aliff ada drama mesti ada benda dengan perempuan. Lelaki memang dengan perempuan. Takkan dengan pondan cantik macam Sajat kan," ujar Sajat.
Dia malah menyifatkan 'drama' yang terjadi seperti satu marketing.
"Saya rasa ini macam marketing sebab selalu sangat. Bila Aliff berlakon mesti ada marketing tangkap khalwat," katanya lagi.
Pada masa sama, Sajat turut menasihatkan isteri Aliff iaitu Bella Astilah untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik tanpa suaminya jika dia sekali lagi berlaku curang.
"Sajat minta maaf ya Bella, Sajat melawak saja. Tapi kalau betul Bella fikirlah. Bella perempuan dan awak masih lawa.
"Kalau Aliff curang lagi, Bella sudah patut fikir tentang diri Bella," katanya.
Selain kes khalwat bersama Ruhainies, Aliff sudah beberapa kali menjadi tajuk utama....
Hahaha...... kalau si Alif ter'tangkap basah' dgn Sajat, pihak Jawi pun malu sendiri. 'Ni khalwat ke bukan ni?' sebab kewanitaan Sajat tiada siapa yg mengiktiraf. Boleh sabit ke kes khalwat?