CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11700|Reply: 6

Menggunakan Serbuk Telur Masin, Daun Kari Menaikkan Aroma!

[Copy link]
Post time 1-4-2024 05:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-Author at 1-4-2024 05:48 AM


Gambar hiasan.

Tidak lama lagi, hari raya bakal menjelma dan pasti ada daripada anda sudah mula membuat kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.

Apa kata anda buat cornflakes telur masin pedas, bukan sahaja mudah untuk dibuat tetapi akan membuat anda ketagih ketika memakannya. Jom ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @mardiana_jaafar ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Mentega, daun kari, cili, serbuk telur masin dan cornflakes.
Langkah-langkah membuat cornflakes telur masin pedas:

1. Masukkan 125gm mentega dalam kuali dan kacaukan ia sehingga cair.
2. Kemudian, masukkan 5 tangkai daun kari untuk menaikkan aroma.
3. Selepas itu, masukkan 3 tangkai cili padi merah untuk rasa pedas.
4. Masukkan serbuk telur masin dalam separuh pek dan kacaukan kesemua bahan tadi.
5. Masukkan pula 1 mangkuk besar cornflakes dan kacau sehingga sebati dengan bahan tadi.
6. Terakhir sekali, bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180 celcius selama 5 minit atau suhu 150 celcius selama 5 minit jika bakar menggunakan oven. Siap!

Mudah sahaja, bukan? Sebenarnya selain boleh dihidangkan kepada tetamu, anda juga boleh jadikan ia sebagai kudapan ketika moreh atau menonton TV di rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2024 05:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2024 05:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang hari raya nak kena potong kaki bukannya nak darah tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2024 06:45 AM | Show all posts
dapnyerr
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun nie aioll konon nak buat kuih raya sendiri sebab kuih raya naik harga..lagipun dok fyp kat tt segala resepi kuih raya..so buatlah kelmarin 3 jenis dari pagi sampai membawa ke petang..pas buka posa aioll rasa la kuih raya hasil air tangan sendiri..hhmm tahun depan beli jelah..conflakes madu manis leting tahap potong kaki..biskut cornflakes coklat chip rasa tepung, biskut samperit keras dalam mulut..celah mana cair dalam mulut tqk jumpak..so tak mau dah buat..buat penat je..aioll bersara buat kuih raya..tak berbakat kekdahnya..

Sorry cerita pasal diri sendiri..sebab tgh hangin bab2 kuih raya nie..jahanam duit aioll jah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 11:05 AM | Show all posts
Barebow77 replied at 1-4-2024 06:50 AM
Tahun nie aioll konon nak buat kuih raya sendiri sebab kuih raya naik harga..lagipun dok fyp kat tt  ...

Tak per jgn putus asa
Untuk mencipta mood masak ni ibarat main mood kasih sayang
kalau hati berbunga masak apa pun jadi wpun x pernah buat
tapi lau hati bengkek buat apa pun tak jadi waktu tu

harga brg semua naik jadi harga kuih raya jugak ikut sama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.283103 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list