View: 6431|Reply: 0
|
Pemain kelab Mexico digantung 11 perlawanan angkara laser
[Copy link]
|
|
Penjaga gol Tigres UANL, Nahuel Guzman digantung 11 perlawanan oleh Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF). - Foto AGENSI
MEXICO CITY: Penjaga gol Tigres UANL, Nahuel Guzman digantung 11 perlawanan oleh Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF) selepas menyuluh laser ke arah penjaga gol Monterrey, Esteban Andrada ketika aksi Liga MX.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Guzman, yang cedera dan berada di tempat duduk penonton, dilihat mengarahkan penunjuk laser kepada pemain-pemain Monterrey termasuk Andrada pada perlawanan yang berkesudahan 3-3.
Guzman kemudian memohon maaf di atas tindakannya.
FMF dalam satu kenyataan menerusi jawatankuasa disiplinnya berkata penggantungan itu perlu dijadikan pengajaran dalam bola sepak Mexico.
"Jawatankuasa memutuskan untuk menggantung Nahuel Ignacio Guzman Palomeque dari Club Tigres untuk 11 perlawanan, denda serta kerja amal," kata badan induk bola sepak Mexico itu.
Tigres menerima hukuman ke atas pemainnya itu dan berjanji akan mengenakan tindakan disiplin tambahan kepada Guzman.
FMF turut mendenda Andrada kerana hantarannya di media sosial yang menghina Guzman. - REUTER
https://www.bharian.com.my/sukan ... wanan-angkara-laser |
|
|
|
|
|
|
| |
|