|
BARATHKUMAR (kiri) dijangka bakal mengemudi bahagian tengah Negeri Sembilan bersama Faye musim ini. -FOTO Ihsan NSFC.
Seremban: Perancang bahagian tengah Negeri Sembilan FC (NSFC), R Barathkumar sudah bersedia untuk mengemudi bahagian berkenaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.
Malah, pemain berusia 31 tahun itu juga semakin yakin dengan tahap prestasinya selepas memulakan persiapan latihan menghadapi saingan sejak awal Mac lalu, sebaik Negeri Sembilan berjaya mengumpulkan barisan pemain lama dan baharu dalam skuad berkenaan.
Berbanding musim lalu yang kerap diturunkan sebagai pemain gantian, kali ini dia berharap dapat berada dalam barisan kesebelasan utama sepanjang musim, apa tah lagi dengan gandingan baharu bersama pemain import dari Senegal, Jacque Faye.
"Sejak memulakan latihan dan digandingkan dengan Faye, saya nampak keserasian antara kami sekali gus diharap dapat memberi kekuatan baharu di bahagian tengah pasukan kerana Faye seorang pemain berpengalaman.
"Saya akan terus berusaha membentuk gandingan yang mantap bersamanya. Fokus kami adalah untuk pastikan bahagian tengah pasukan dapat berfungsi dengan baik sekali gus membantu bahagian depan melancarkan serangan," katanya hari ini.
Pemain lincah itu berkata, menjadi sasaran baginya untuk memainkan peranan lebih agresif sepanjang saingan musim ini termasuk berupaya menjaringkan gol dan membantu pasukan memenangi perlawanan.
"Saya ingin pastikan Negeri Sembilan dapat menduduki posisi lebih baik dalam Liga Super musim ini berbanding tempat kesembilan pada musim lalu, selain mara setinggi mungkin pada saingan Piala FA dan Piala Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ahagian-tengah-nsfc |
|