CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3374|Reply: 0

Trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah kekal milik JDT

[Copy link]
Post time 9-5-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

STADIUM Sultan Ibrahim yang sepatutnya menyaksikan perlawanan JDT menentang Selangor FC malam esok. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Shah Alam: Trofi sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah terus kekal dalam kabinet Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali ketujuh berturut-turut apabila diumumkan menang tanpa bertanding oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Kemenangan percuma itu diberikan kepada JDT susulan keputusan Selangor FC yang menarik diri daripada beraksi sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan diberikan kemenangan 3-0.

MFL turut mengesahkan, JDT yang juga juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu menghadiahkan tiga mata untuk Liga Super di mana perlawanan sumbangsih itu juga menyediakan mata buat pemenang.

Manakala Red Giants pula, terpaksa memulakan kempen musim ini dengan langkah kiri tanpa sebarang mata selain mencatatkan defisit bolos tiga gol ekoran penarikan diri itu.

Dalam kenyataan MFL, perkara-perkara lain berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya termasuk soal hukuman.

Kelmarin, Selangor FC menghantar permohonan menangguhkan aksi Piala Sumbangsih selepas bintang Red Giants, Faisal Halim diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid ke badannya.

Ekoran kejadian itu, rata-rata pemain Selangor FC bimbang dengan tahap keselamatan menjelang aksi pembuka tirai Liga Malaysia itu.

Bagaimanapun, semalam MFL menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan aksi terbabit selepas badan pengelola itu mengadakan mesyuarat dan perbincangan.

Menurut MFL, keputusan meneruskan perlawanan sumbangsih dibuat selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak polis yang akan meningkatkan tahap keselamatan pada hari perlawanan.

Selangor FC kemudiannya mengumumkan keputusan menarik diri dan ia turut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Jelas baginda, susulan beberapa insiden mengancam nyawa babitkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan dan pasukan terbabit tidak kisah dikenakan hukuman oleh badan pengelola liga tempatan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hah-kekal-milik-jdt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list