View: 18680|Reply: 12
|
Yuna hanya layan pereka fesyen pro-Palestin
[Copy link]
|
|
Penyanyi Yuna menegaskan dia hanya akan bekerjasama dengan pereka fesyen yang menunjukkan solidariti terhadap Palestin.
Menurut Yuna atau nama penuhnya Yunalis Mat Zarai, 37, pendekatan itu diambil bagi menunjukkan pendiriannya yang tidak menyokong kekejam zionis.
“Seperti ramai tahu, saya telah memutuskan hanya melakukan penggambaran fesyen dengan memakai busana pereka tempatan atau mana-mana individu yang bercakap mengenai Palestin ketika ini,” katanya dalam Instagram.
Perkara itu diluahkan ketika fesyen yang digayakannya untuk sebuah majalah menjadi buah mulut ramai beberapa hari lalu.
Semua disebabkan gaya turban yang digayakannya mempunyai juraian bulu namun mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen sehingga mendakwa dia ‘menayang’ rambut.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menyokong pendirian Yuna yang menolak bekerjasama dengan pereka fesyen menyokong zionis.
“Salah seorang artis Malaysia yang berani bercakap tentang Palestin.
“Terima kasih kerana lantang bersuara. Teruskan sebar kesedaran,” komen netizen.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Good! X mcm si DT beria post pasal Palestine tp duk up pasal brand2 yg support Zionist. Kat X dah ada org seru nama DT pasal ni, terus member private account X |
|
|
|
|
|
|
|
purplelilac replied at 12-5-2024 06:28 AM
Good! X mcm si DT beria post pasal Palestine tp duk up pasal brand2 yg support Zionist. Kat X dah ad ...
Yg ada list tu ke? Nama Schawal pun terselit kalau tgk situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
semakin merapu style yuna ni… bukak je la head cover tu. |
|
|
|
|
|
|
|
purplelilac: Good! X mcm si DT beria post p ...
Kenapa aku tak boleh hadam short forms ni ye? Hehehe
Macam LU LUM MUSM 143 pun aku cuma tau 143 je.. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit lg tu.. alang2 tu buka je terus |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 12-5-2024 08:22 AM
Yg ada list tu ke? Nama Schawal pun terselit kalau tgk situ..
Ye yg tu la, u tgk first2 sekali yg tulis tu ckp “ Hi @DT this is for you. I was inspired by you when I wrote this” |
|
|
|
|
|
|
|
meollss syak rambut yuna ni jarang/tak lawo sebab tu masih menutupi sedikit kepala sheollss gittew |
|
|
|
|
|
|
|
37 dah umur dia yer, still setia stream lagu sheolls, album baru pun sedap je dengar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|