CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2824|Reply: 1

Jangan bunuh semangat saya - Awie

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Boleh diumpamakan nelayan berperahu kecil berpukat jala, namun manakan sama kapal besar berpukat hanyut di lautan.

Begitulah situasi dilalui penyanyi rock yang kini bergelar pengarah, Datuk Awie apabila ada penonton membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak dengan filem terbitan syarikat produksi gergasi dan berbajet berlipat kali ganda.

Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, tidak adil untuk membandingkan filemnya itu dengan naskhah yang kos pembikinannya berbajet mewah.

"Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain?

"Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.

"Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah," katanya.

Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahkan filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.

"Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.

"Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya.

"Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat," katanya.

Bagaimanapun, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.

"Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.

"Saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.

"Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang," katanya.

Apapun, Awie berkata, dia sangat berharap peminat beri sokongan pada filem Rebel di pawagam tanah air.

Filem bergenre aksi itu diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama. Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara sejak 2 Mei lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ni movie dia yg flop tu ke? ben tu satu main sebat je ambil job…pilin le project walau pun low cost tapi berkualiti…..masuk clan sabri conconde tu….film film dia ai rasa very the good
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.404226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list