|
Adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah mendakwa punca perceraian antara kakak dan abang iparnya, Aliff Aziz adalah disebabkan kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Didi seakan mempersoalkan kenyataan Aliff yang mendakwa tiada apa-apa yang berlaku sewaktu dirinya dan Ruhainies ditangkap khalwat pada Mac lalu.
"Tak akan lah pasangan kekasih dah ber LU LU, MU MU datang set bersama tak buat apa apa? Umpama kucing menolak ikan. Bau ikan pun kucing dah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra, inikan pula dah depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?"
Sementara itu, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah mendakwa sikap abang iparnya itu mula berubah selepas memulakan penggambaran bersama Ruhainies.
"Memang masa abang mula shooting dengan Ruhainies ni lah abang start berubah. Tak payah nak putar belit, sekarnag ni cerita dia memang penceraian ni gara-gara kes abang dengan Ruhainies."
Ujar Didi lagi, tujuannya menyuarkan perkara itu kerana sudah hilang sabar mendengar kenyataan Aliff yang ‘berputar belit’ demi menutup kesalahannya dengan Ruhainies.
"Saya dibesarkan bukan sejenis backup keluarga kalau betul dah buat salah. Yes, kak long saya pernah buat kesalaha, tapi kalau abang sayang, hormat dan perlakukan dia sebagai seorang isteri, mustahil untuk benda-benda itu terjadi."
"Setelah 10 tahun dia terima dan bersabar atas kecurangan abang. Tapi dia dah lama pun bertaubat dan yang paling penting mengaku dan sedar dengan kesilapan. Tapi abang? Bila nak bertaubat? Salah tetap salah."
"Saya percaya apa yang mereka cuba buat adalah untuk mengaburkan mata semua orang dengan kes tangkapan khalwat mereka which is benda ni lah yang paling penting dan utama bukan hal lain."
Terdahulu, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.
Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber: IG Didi Astillah/OhBulan |
|