View: 11285|Reply: 79
|
Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To Be A Better Muslim’
[Copy link]
|
|
Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Menurut pemilik nama asal Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu usahawan, Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai. Walau bagaimanapun aktres itu berkata, dia masih melakukan beberapa kempen.
"Selepas berkahwin, saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi."
"Tapi saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung."
"Sekarang ini saya lebih suka duduk dekat rumah. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan."
Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, L.soulle yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Disoal mengenai perminataan suami, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia ingin perbaiki diri menjadi versi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang muslim.
"Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu."
"Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakkan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja."
"Tawaran masih ada. Kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini."
Berkongsi lanjut, Fatin memberitahu dia dan suami juga ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.
"Mahu menjadi to be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model."
"Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga."
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
pandai lakinya didik
|
|
|
|
|
|
|
|
Dik, lbh baik xpyh nk pung pang pung pang sgt statement ko dik..hati manusia la yg plg mudah dan senang digula2 dek nafsu serakah dan syaitan laknatullah...
lgpun byk yg dulu acah nk berubah mendadak mcm kene karen letrik, tup tup skrg, mengeliat mengelinjang mcm taik unta...hilang terus keacahan taubat nk berubahnya tu...so xperlu nk pot pet pet pot, pung pang pang pung..nk jd better muslim..bla bla blh blah...mmmm whatever..... |
|
|
|
|
|
|
|
All the best you. I always have a soft spot for this lady. Bende baik kite doakan aje lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak lakinya dh main forex haram kan dia pun follow arah hidup baik2 gitu
Semoga istiqamah
Dia kena tabah untuk tidak memandang dunia ni indah tapi palsu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia masih berforex ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry: Dik, lbh baik xpyh nk pung pan ...
Betul tu...teringat dulu Puteri Sarah pernah buat statement yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lawa ..ada iras intan najwa pada pandangan mata kero akak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shahman86 at 21-5-2024 07:02 AM
Nadiabella replied at 21-5-2024 05:02 AM
Betul tu...teringat dulu Puteri Sarah pernah buat statement yg sama.
Banyak aje yg putar belit..abby, ogy,kaka faz masa couple dgn TMj dulu pon cakap benda yg sama juga. artis2 yg join PAS dulu pon byk aje kata nk bye2..last2 masuk balik. |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 21-5-2024 02:42 AM
Dah stop dah khabarnya
Kalau dh stop..koje apa agaknya lakinya skrg yach
Boleh tahan juga kos nk maintain patin kan..mampu ke laki dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah extream sangat. Karang uturn, sendiri yg malu. Dah ler laki forex tu pun gila perhatian. Hehe. Jangan nanti dah berubah, tiber laki forex kasi madu freehair stylo pulak |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 21-5-2024 07:02 AM
Kalau dh stop..koje apa agaknya lakinya skrg yach
Boleh tahan juga kos nk maintain patin kan..mam ...
Sebabtu suruh henti lakon dan nyanyi. Duduk rumah aje. Kurang mentenen. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga perkahwinan ni kekal hingga hujung nyawa. Knowing artis, kalau marriage problem confirm masuk balik industri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mimo.mimo replied at 21-5-2024 07:11 AM
Sebabtu suruh henti lakon dan nyanyi. Duduk rumah aje. Kurang mentenen.
ahh make sense..duk rumah duit tak keluar banyak sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Klu x umum dh benti pun aku xtau dia xnynyi. Nyanyi dgn xnyanyi sama je. Bukan gempak mcm siti not haliza pun. Belakon dgn xbelakon sama je... xda beza ketara. Wujud dlm dunia industri pun suam2 kuku oyen, tup2 annouce nk benti. Wakakaka lawak.
Btw dia ni lawa, wlopun kulit mmg hitam tampuk manggis. Tp structure muka menarik !!! Cuma hitam tu xdrip ke? Hitam berkarat lgi2 siku . Gusi pun hitam. But manis !!! Sweet !! |
|
|
|
|
|
|
|
Berhenti berlakon tapi nanti bukak akaun YouTube masak2 atau jual kat tiktok. |
|
|
|
|
|
|
|
ada wartawan tanya sheols baru lepas bsalin ke. dia xnk disclose lg. tp tek sheols mmg nmpk mcm myusukan anak. knp dia nk rahsiakan beranak ek. x rasa edisi sampoa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|