CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17397|Reply: 48

‘Tak tolak 100 peratus, mesti ada ambil ‘job’ produk pro-Israel’ - Atilia

[Copy link]
Post time 21-5-2024 11:50 PM | Show all posts |Read mode






Penyanyi dan pelakon, Atilia mengakui untuk menolak produk pro-Israel tidak semudah disangkakan lebih-lebih lagi buat individu yang cari makan dengan membuat kerja suara latar atau voice over sepertinya.


Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron,50, berkata kebiasaannya hanya selepas tiba di studio sahaja dia diberi penerangan terperinci berkenaan produk atau perkhidmatan yang memerlukan suaranya.


“Saya tak mahu menipu, saya perlu bekerja untuk mendapatkan duit sebab saya bukan seorang yang kaya.


“Lagi pun saya tidak berkahwin dan saya berseorangan, jadi saya hanya memiliki diri sendiri dan keluarga saya, jadi susah untuk saya cakap ‘tidak’.


“Katakan ada pihak menyuruh saya lakukan voice over, saya dari kecil buat suara latar iklan, jadi apabila sampai studio itu baru saya tahu produk itu adalah produk apa,” katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah penyanyi Cinta Sampai Mati itu, pengalaman membuat suara latar iklan selama dua dekad membuatkannya sukar menolak tawaran tersebut.


“Saya sebagai seorang yang melakukan suara latar iklan selama 20 tahun, takkan saya jumpa ‘client’ dan menolak tawaran sesuka hati.


“Perkara itu buat Allah marah, sebab kita tak hormat kerja kita kerana bakat ini Allah yang berikan.


“Jadi isu ini agak rumit, kita pandai-pandailah terima perkara mana yang boleh buat dan tidak boleh buat. Jangan cakaplah tolak 100 peratus, mesti ada juga orang ambil kerja jenama besar (pro-Israel) ini,” ujarnya.


Berkongsi lanjut, Atilia mengakui lebih mementingkan kualiti kerja dari jumlah pendapatan yang diterima kerana sudah diajar dari kecil untuk melakukan sesuatu kerja dengan bersunggguh-sungguh.


“Saya lebih utamakan kualiti kerja, bukan amaun dari segi wang ringgit yang diterima.


“Jika melakukan sesuatu kerja kena lakukan bersunguh-sungguh. Memang saya sudah diajar daripada dulu sikap sebegini,” katanya.


Perkembangan terbaharu, Atilia membintangi teater Najis Jadi Teman yang akan berlangsung pada 22 Jun 2024 di IWK Eco Park Pantai Dalam.


Teater muzikal arahan Razif Hashim turut membariskan pelakon Alfred Loh dan Phraveen Arikiah serta dibantu anak-anak dari Yayasan Chow Kit iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ntah la geng2 klepet apa ntah tu pun sama je…
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
“Saya sebagai seorang yang melakukan suara latar iklan selama 20 tahun, takkan saya jumpa ‘client’ dan menolak tawaran sesuka hati.


“Perkara itu buat Allah marah, sebab kita tak hormat kerja kita kerana bakat ini Allah yang berikan.


Apa yg dia merepek ni...x faham aku...serius
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan dan kau petik nama Allah ye nek. Maths pun fail. Umur 50. Kata kerja sejak kecik tiba2 baru 20 tahun kerja VO. So kesimpulannya ckp ko mmg tak boleh pakai. Berbelit2 janji nak jugak nampak suci.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Taktau plak dia dh bercerai lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 22-5-2024 05:51 AM
Dan dan kau petik nama Allah ye nek. Maths pun fail. Umur 50. Kata kerja sejak kecik tiba2 baru 20 t ...

She lupa kot yg 90an tu sebenarnya dh 30 lebih tahun yg lalu. Masih stuck di zaman 2010s kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2024 09:17 AM | Show all posts
nenek ni da bole bersara dok senyap2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai laks ngko tawu Allah marah bagai
Hal pemakaian dan kehidupan harian ngko tak check laks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling urban.
Pdhal muka Vietchong.
Diam2 sudah. Takde sapa tanya pun. Penting ke ko
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntahnya geng liberal ni, tetiba terpaling Allah.
Selama ni hidup seharian ada ingat ke?

Dan jgk nama disebut dlm isu palestin

Maknya dah berubah tinggal si anak masih terkapai2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la…iklan pun iols tak dengar pasal tak tengok TV, tak dengar radio. Relevan lagi ke acik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 12:46 PM | Show all posts
Bukan ke dia ni guru yoga juga?? Tapi apa yg aku baca yoga ni pun byk unsur spiritual hindu, setiap position ada makna sendiri dan setiap position sbg symbol tertentu bagi tuhan dewa mereka. So i dont know those who practice yoga pun boleh jadi khurafat, harap tidak lah kalau di jadi sbg senaman je, tapi byk lagi jenis senaman yg boleh kita buat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni kan lagu apa je yg best
yg kanda kanda tu ke

eiii mmg tak bole la dgn geng klepet ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 01:17 PM | Show all posts
Jangan nak membongak la. Ko leh je tanya tu job apa sapa client masa audio house call untuk booking time. Nak jugak bersuara demi kelangsungan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 22-5-2024 01:58 PM

Acik kepam amuk ugut nak boikot orang guna Instagram dan Facebook. Reramai unfollow kat instragram konon terpaling bijak. Ko ingat instagram dengan facebook milik Mark Zuck takde kaitan dengan Israhell ke dek non? Aje bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 02:03 PM | Show all posts
Pelik nau nenek ni. Sheolls mana nampak suci. Nampak keling ada la. Sbb sheolls tahu kuasa boikot ni sampai brand2 besar pon boleh terduduk, inikan pulak sheolls yg sendu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 22-5-2024 05:55 AM
Acik kepam amuk ugut nak boikot orang guna Instagram dan Facebook.  Reramai unfollow kat instragra ...

Takleh boikot Insta n FB. Nanti mana tempat nak promo produk, nak buat karangan SPM untuk mengomplen ka humble brag ka, etc. Henfon android, apple, tablet, laptop affiliate dengan US, Yahudi segala pun takleh buang. Tapi soh orang benti keja KFC dengan alasan boleh carik kerja lain, boleh pula. Shilaker.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 22-5-2024 08:00 AM
Taktau plak dia dh bercerai lagi,

Lama dah. Tak sekufu (ni kawan aku yg cakap)
Dia kan lifestyle pepaham sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazreena replied at 22-5-2024 01:17 PM
Jangan nak membongak la. Ko leh je tanya tu job apa sapa client masa audio house call untuk booking  ...

Bukan dulu dia ckp dia anak kesayangan bapak dia ke (masa hidup lagi bapak dia)
Siap belikan audi semua. Ku pollow ig dia dulu lepas tu rasa merapik je, unpolo terus
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by thelilyallen at 22-5-2024 02:26 PM
Hypothetically replied at 22-5-2024 12:46 PM
Bukan ke dia ni guru yoga juga?? Tapi apa yg aku baca yoga ni pun byk unsur spiritual hindu, setiap  ...


Dulu yoga studio dia partner dgn anak bekas penasihat agama negeri dirahsiakan. Sekarang tak tahu, dah lama unpolo geng dorg ni. Nama je pak penasihat agama, si minah tu ada anjing peluk peluk semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069639 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list