View: 3883|Reply: 0
|
Istaf buat keputusan, kita kena ikut - Sumali
[Copy link]
|
|
DATUK Mohd Sumali Reduan. -FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan menerima maklum balas bahawa sistem baharu 15 mata satu servis yang digunakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 itu kurang memberi kepuasan kepada pemain serta penonton.
Jelasnya, selepas beberapa hari kejohanan itu berlangsung di Stadium Titiwangsa, terdapat permainan yang begitu cepat ditamatkan apatah lagi jika perlawanan itu berat sebelah hingga membolehkan pasukan itu menang tanpa mengeluarkan banyak peluh.
Namun begitu, sekiranya perlawanan itu ada tentangan dari kedua-dua pasukan, masa permainan akan jadi lebih lama dan ia sedikit sebanyak memberi peluang kepada penyokong untuk menikmatinya dan berbaloi dengan masa serta tiket yang dibeli.
"Ramai kata atau komen tidak puas hati dengan sistem ini, memang saya sudah maklum dan kita tidak setuju tetapi bila Istaf (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dah buat keputusan, kita ikut. Mungkin lepas kejohanan ini, Istaf boleh nilai semula berdasarkan apa berlaku di Piala Dunia Sepak Takraw di Kuala Lumpur.
"Sekiranya perlawanan ke 'tie break' (set penentuan), masa dia (perlawanan) sejam lebih juga. Mungkin boleh (tukar) ke mata 21 tetapi bila 'tie break' kekalkan 15 mata.
"Mekanismanya macam itu kalau nak tukar ke 21 mata boleh dan kekalkan satu servis. Itu cadangan awal Malaysia," katanya.
Sementara itu, Sumali juga tidak menolak kemungkinan akan memberi durian runtuh kepada pemain sekiranya mampu muncul juara di halaman sendiri.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ta-kena-ikut-sumali |
|
|
|
|
|
|
| |
|