View: 10645|Reply: 0
|
Espargaro menang perlumbaan pecut MotoGP Catalunya
[Copy link]
|
|
Pelumba Aprilia dari Sepanyol, Aleix Espargaro meraikan kejayaan memenangi perlumbaan pcut pada Grand Prix MotoGP Catalunya di Litar Catalunya, Montmelo semalam. – Foto AFP
MONTMELO, Sepanyol: Pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro, yang mengumumkan dia akan bersara hujung musim ini, menang perlumbaan pecut pada MotoGP Catalunya semalam.
Penunggang Aprilia berusia 34 tahun itu – yang berasal dari Catalonia – menggunakan kesempatan apabila juara dunia dua kali Francesco Bagnaia mengalami kemalangan dan terjatuh pada pusingan terakhir.
Espargaro boleh melengkapkan minggu bermakna dengan turut menjuarai perlumbaan MotoGP malam ini – dia pulang dengan kemenangan berganda tahun lalu – yang mana dia bermula di petak utama.
Ketika dia mengesahkan prestasinya memuncak ketika ini, juara dunia enam kali Marc Marquez turut tampil penuh keyakinan.
Penunggang Ducati-Gresini berusia 31 tahun itu berakhir di tangga kedua perlumbaan pecut selepas persembahan buruk pada sesi kelayakan yang mana dia hanya mencatat keputusan ke-14 terpantas.
Terdahulu Espargaro bertindak cemerlang ketika sesi kelayakan.
"Saya tidak mempunyai 100 petak utama dalam karier saya," kata Espargaro, yang memburu kemenangan keempat dalam perlumbaan MotoGP.
"Oleh itu, sekalipun ia hanya satu sesi kelayakan saya amat gembira meraih pencapaian ini di laman sendiri.
"Saya melakukan beberapa kesilapan dalam pusingan terpantas pertama saya tetapi yang kedua mungkin satu daripada yang terbaik dalam kehidupan saya." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ut-motogp-catalunya |
|
|
|
|
|
|
| |
|