CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9043|Reply: 0

Akid tekad pertahan gelaran CP 150

[Copy link]
Post time 1-6-2024 09:41 AM | Show all posts |Read mode

AKID berkata, keadaan litar pada Sabtu dan Ahad akan menjadi penentu keputusan. FOTO Ihsan Petronas Sprinta

Sepang: Juara bertahan kategori CP 150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Akid Aziz bertekad mempertahankan takhtanya dengan memenangi kesemua 10 pusingan pada musim ini.

Pelumba berusia 26 tahun dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing itu menunjukkan prestasi baik untuk permulaan 2024, apabila muncul juara pusingan pertama di Jasin, Melaka pada 2 hingga 3 Mac dan Tangkak, Johor pada 4 hingga 5 Mei untuk mendahului kejuaraan dengan 50 mata.

Berbaki lapan pusingan termasuk perlumbaan hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara, Akid mengakui bakal berdepan cabaran sukar dalam menjayakan misi itu.

"Sekarang ini masih awal, bagaimanapun tetap kena bersedia untuk terus mengutip mata sehingga perlumbaan terakhir bagi kekalkan kedudukan ini. Memasuki pusingan ketiga, pastinya pelumba dan pasukan lain sudah mula memperbaiki pelarasan mereka untuk meningkatkan kemampuan jentera masing-masing.
Disyorkan

    Afif juara CP150
    Kekal takhta CP150
    Afif mahu berada di kedudukan terbaik
    Akid terpantas lagi...

"Selain itu, perubahan pada spesifikasi jentera menyaksikan power (kuasa) sedikit berkurangan bagi musim ini. Kita perlukan development untuk tingkatkan kuasa, pasukan akan buat R&D (penyelidikan dan pembangunan) mencari penyelesaian supaya kita kekal menguasai kejuaraan," katanya kepada Bernama.

Dia ditemui ketika majlis menandatangani penajaan Red Bull Malaysia (Red Bull) bersama tiga pasukan di bawah Petronas Sprinta Yahama dalam saingan Cub Prix-Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing, Petronas Sprinta Yamaha CKJ dan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor di SIC di sini hari ini.

Mengulas mengenai perlumbaan minggu ini, Akid berkata, keadaan litar pada Sabtu dan Ahad akan menjadi penentu keputusan dan saingan di SIC tidak terlepas cabaran sengit daripada pelumba.

Kedudukan kejuaraan kategori utama (CP 150) selepas dua pusingan menyaksikan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan SGR Honda Estremo Yuzy menduduki tempat kedua dengan 33 mata diikuti Ahmad Afif Amran dari Petronas Sprinta Yamaha CKJ (26 mata) dan Kasma Daniel Kasmayudin dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motorhttps://www.hmetro.com.my/arena/ ... ahan-gelaran-cp-150 (20 mata).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.694954 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list