CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6408|Reply: 44

[Jenayah] "Celupar Betul Mulut" - Memotong Kuku Kaki Suami, Ada Yang Tuduh Suami OKU, Sakit!

[Copy link]
Post time 5-6-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode


SETIAP antara kita mempunyai cara tersendiri dalam menghargai dan menunjukkan rasa kasih kepada insan tersayang.

Namun seiring perubahan zaman, cara kasih sayang ditonjolkan juga berubah mengikut trend dan arus pemodenan.

Melalui satu video tular di laman TikTok, tindakan romantis seorang isteri membantu memotong kuku kaki suami nampaknya kurang disenangi warga maya yang menganggap caranya itu kolot.

Bercerita lanjut kepada mStar, wanita berkenaan, Mazlin Omar, 44, berkata dia langsung tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk.

"Ada yang kata saya terpaling Islamik, bukan sebenarnya. Ia sekadar perkongsian, dah jadi rutin antara saya dengan suami buat begitu setiap hari Jumaat. Seperti kita tahu, sunah untuk potong kuku pada penghulu segala hari.

"Saya bukan setakat potong kuku suami je, anak saya seramai 10 orang pun saya tolong potongkan kalau berkelapangan. Ia adalah inisiatif saya untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Saya tak faham di mana salahnya?

"Selain potong kuku, saya juga selalu sikat, letak minyak rambut dan cukur misai atau janggut suami. Sebagai seorang suri rumah, suami adalah ladang pahala untuk saya. Peluang sudah terhidang, tinggal nak rebut je.

"Tak kan nak sia-siakan pula, dosa kita pun dah cukup banyak kan. Sebab itu saya tak segan bermanja-manja dengan suami," katanya yang senang disapa Kak Lin dan kini menetap di Beranang, Selangor.

Usia rumah tangga Kak Lin kini mencecah empat tahun dan sebelum ini dia merupakan ibu tunggal dengan dua cahaya mata, manakala suaminya merupakan bapa tunggal kepada tujuh anak.

    Komen negatif bertalu-talu saya cuba tepis, saya yakin perkongsian saya ada manfaatnya.
    MAZLIN OMAR

Anak bongsu yang berumur dua tahun merupakan satu-satunya zuriat hasil perkahwinan Kak Lin dengan suaminya kini.

Kak Lin juga mendedahkan beberapa komen netizen yang mengguris hati dan membuatkan dirinya tersentak.

"Ada yang anggap suami orang kurang upaya (OKU) dan ada juga yang syak suami sakit, sebab tu tak boleh potong kuku sendiri. Sedih saya baca, celupar betul mulut orang kita.

"Suami saya usahakan perkhidmatan logistik, melibatkan penghantaran barang untuk orang yang berpindah rumah, kilang dan sebagainya. Jadi selalu juga outstation dan jarang berada di rumah.

"Sesekali suami balik, saya cuba layan dengan sebaiknya. Itu semua pahala untuk saya. Kami masing-masing ada tanggungjawab, suami bekerja, saya pula jaga anak dengan rumah.

"Komen negatif bertalu-talu saya cuba tepis, saya yakin perkongsian saya ada manfaatnya. Saya perasan sesetengah netizen ada juga yang terinspirasi dan mahu layan suami mereka seperti cara saya, syukur Alhamdulillah," ujar Kak Lin.

Dalam pada itu, Kak Lin juga mengulas kritikan netizen mengenai keadaan rumahnya yang dikatakan bersepah.

"Ada yang tegur suruh kemas rumah dulu sebelum potong kuku suami. Kena faham, saya duduk di rumah dengan 10 orang anak, kebanyakannya pula lelaki. Yang sulung umur baru 19 tahun, mereka sangat aktif.

"Bukan senang nak biarkan rumah tersusun sepanjang waktu. Tidaklah sampai saya abaikan kebersihan, perkara yang mustahak tetap saya jaga. Saya rakam video tu pun spontan, saya bukan fake nak susun barang semua baru buat content.

"Waktu video tu dirakam, suami tengah rehat sekejap sebelum pergi solat Jumaat, itu yang saya ambil peluang untuk potong kuku dia, anak-anak masih di sekolah," kata Kak Lin menutup bicara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2024 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2024 12:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2024 12:05 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2024 12:06 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif nak bervideo bagai. Buat je la kt rumah tu sorg² nak tunggang terbalik ka.. Tak perlu pun nak video.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 12:12 PM | Show all posts
Tak payah la tunjuk video ke gambar.  Orang pun tau laki hang boroi tak boleh tunduk mana la tangan nak sampai kaki.  Bukannya sebab islamik ke apakan..kalau tak laki tu tambah la kepam dgn kuku tak potong segala.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
taknak tunjuk tekan bawah pusat utk keluarkan kote suami yg ke dalam tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 12:33 PM | Show all posts
rumah gitu pun gigih nak buat konten yer, mcm jemput orang mengumpat je
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik pegi sental dinding blkg tu dan lipat kain. Laki tu kalau dah berjaya tusuk sampai keluar 10 anak boleh je dia potong kuku kaki sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:47 PM | Show all posts
tgk la physical suami nya mcm mana. tak boleh bongkok apetah lagi nak lipat kaki derrr.... make sense la kena bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:49 PM | Show all posts
makita replied at 5-6-2024 12:42 PM
Baik pegi sental dinding blkg tu dan lipat kain. Laki tu kalau dah berjaya tusuk sampai keluar 10 an ...

anak dengan laki tu 1 je lah... laki tu yg byk anak dengan bini sebelum nya 7 org. masa tu laki nya masih saiz L boleh lipat kaki kot tu yg sampai 7. hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:50 PM | Show all posts
Samerosie replied at 5-6-2024 04:12 AM
Tak payah la tunjuk video ke gambar.  Orang pun tau laki hang boroi tak boleh tunduk mana la tangan  ...

Aduiiii kejammm hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:52 PM | Show all posts
Dia claim dia rekod bideo tu sepontan, apa memang dia pakai purdah 24 jam kat rumah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:53 PM | Show all posts
Btw kalau potong kuku baby ok lagi, wangi je. Comel pulak tu jari2 chubby.

Ni potong kuku kaki laki....yucks!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tuai ladang pahala ke nak merapatkan hubungan keluarga ke tak payahla nak share2 keep to yourself
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 5-6-2024 12:49 PM
anak dengan laki tu 1 je lah... laki tu yg byk anak dengan bini sebelum nya 7 org. masa tu laki ny ...

Oh bila dpt ke dia laki nya dah Triple L. Mesti masak sedap sgt ni kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena faham, saya duduk di rumah dengan 10 orang anak, kebanyakannya pula lelaki. Yang sulung umur baru 19 tahun, mereka sangat aktif.

Kalau kebanyakan nya lelaki pun, so?

Lagi yg dah besar2 tu kerahla tenaga mereka buat household chores
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Perut gendut camtu mmg susah nak potong kuku kaki sendiri. Sori
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Video ni lalu kat tiktok aku terus aku blok pompuan ni. Menyampah dan geli. Kalo helok xpe jgk.. saja nak bg org mengutuk je. Kau nak potong bulu laki kau pun buat la cuma xpayah tunjuk kat kami. Kami ni ada yg sedang makan tau tak.. hilang selera, loya terus tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052587 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list