CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4474|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aplikasi 'dobemall' dan 'dobevil' perangkap mangsa - Polis

[Copy link]
Post time 6-6-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Polis mengesan dua aplikasi jual beli dalam talian yang dikenali sebagai 'dobemall' dan 'dobevil' yang menipu mangsa dalam bentuk keuntungan komisyen.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, aplikasi ini menawarkan keuntungan dalam bentuk komisen bagi transaksi pembelian yang dibuat melalui aplikasi itu.

Menurutnya, setakat ini, dua laporan polis diterima berkaitan aplikasi ini masing-masing satu di Selangor dan Sarawak membabitkan nilai kerugian RM540,600.

"Berdasarkan siasatan, sindiket penipuan ini menggunakan kaedah yang pelbagai untuk memerangkap mangsa. Dalam kes di Selangor, mangsa ditawarkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui rakan maya yang dikenali melalui Tik Tok.


"Manakala dalam kes di Sarawak, mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi ini setelah menekan pautan iklan tawaran kerja yang dipaparkan di Facebook," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, selepas memasang aplikasi itu, mangsa diarahkan untuk menggunakan aplikasi terbabit untuk membuat pembelian barang yang ditentukan dengan jaminan akan memperoleh keuntungan daripada setiap pembelian yang dibuat.

"Melalui aplikasi terbabit, mangsa akan dapat melihat wang komisen mereka meningkat. Namun apabila ingin mengeluarkan wang, mangsa akan dikenakan pelbagai bayaran tambahan.

"Perkaitan antara kedua-dua aplikasi ini sedang disiasat. Namun, pihak JSJKtidak menolak kemungkinan ia didalangi oleh sindiket yang sama," katanya.

Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Semakan lanjut turut mendapati, aplikasi 'dobemall' masih boleh dimuat turun melalui app store.

"Pihak JSJK akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan kandungan itu bagi mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angkap-mangsa-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.083889 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list