CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4402|Reply: 0

[Perak] 'Sesiapa pun di tempat itu, pasti dia bantu kan?'

[Copy link]
Post time 6-6-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Hasni (kanan) menyerahkan surat penghargaan kepada Abdullah yang membantu menyelamatkan dua individu dalam nahas pesawat Cessna 172 Skyhawk terhempas di ladang dekat Hutan Simpan Gunung Besout, Sungkai. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Tanjung Malim: "Saya bersyukur dapat membantu orang dalam kesusahan, menjadi kewajipan saya ketika itu. Sesiapa pun di tempat itu, pasti dia bantu kan?" kata penyelia ladang, Abdullah Abdul Talib.

Abdullah, 37, adalah saksi utama yang menemui dan membantu menyelamatkan juruterbang dan pembantu juruterbang dalam nahas pesawat Cessna 172 Skyhawk terhempas di ladang dekat Hutan Simpan Gunung Besout, Sungkai dekat sini pada 4 Mei lalu.

Tindakan pantas beliau menghubungi pasukan penyelamat serta sikap ikhlas beliau memeluk juruterbang yang tergantung dan tersepit kira-kira satu jam bagi mengurangkan risiko kecederaan lanjut menerima penghargaan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, hari ini.

Abdullah ketika ditemui, mengaku berasa gemuruh bercampur gembira sebaik menerima surat penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir.

"Jujur saya tidak mengharap apa-apa penghargaan, namun saya berterima kasih kepada pihak polis atas penghargaan ini.

"Saya bersyukur dapat membantu orang dalam kesusahan, sudah menjadi kewajipan saya ketika itu untuk membantu kedua-dua mangsa.

"Sesiapa pun di tempat itu, pasti dia bantu kan?" katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Muallim di sini, hari ini.

Bapa dua cahaya mata itu berkata, selepas insiden terbabit, juruterbang lelaki dan pembantu juruterbang wanita itu kerap menghubunginya dan menyatakan niat untuk bertemu.

"Mereka nak jumpa, namun saya kata biar mereka sembuh dan sihat dahulu.

"Kami masih berhubung melalui WhatsApp sehingga sekarang.

"Setiap kali melalui lokasi kejadian, pasti saya teringat-ingat detik mencemaskan itu," kata anak jati Sandakan, Sabah itu yang sudah menetap dan bekerja di Felda Besout sejak sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Mohd Hasni berkata, penghargaan itu diberikan atas tindakan pantas Abdullah dalam memberikan bantuan awal hingga berjaya menyelamatkan dua nyawa.

"Kalau diikutkan cerita Abdullah, dia tidak sedar pun ada pesawat yang terhempas dan sebenarnya dia sudah melepasi tempat pesawat itu.

"Keputusannya untuk berpatah balik sambil merakam akhirnya menemui mangsa yang terperangkap," katanya.

Dalam nahas pesawat CESSNA 172 Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA pada jam 9.35 pagi itu, juruterbang, Kapten Shahrul Imran Surea, 26, patah kaki kanan manakala pelatih juruterbang, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menjalani latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh ke Tanjung Karang, Selangor dan berpatah balik ke Ipoh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pasti-dia-bantu-kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list